CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 0

Impian Sharul jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 28-6-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

Sharul ketika beraksi di Sukan SEA Hanoi bulan lalu.

KUALA LUMPUR: Gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy bakal memenuhi impian zaman kanak-kanaknya untuk beraksi di Sukan Komanwel di Birmingham, England bulan depan.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual membuka tirainya 28 Julai ini bakal menjadi penampilan sulungnya di temasya empat tahun sekali itu dan ia bagaikan 'mimpi menjadi realiti' buat atlet berusia 21 tahun dari Terengganu itu.

Sharul yang pernah tular disebabkan ketampanannya ketika meraih pingat gangsa dalam acara kekuda berpelana di Sukan SEA Vietnam 2021 berkata, sudah tentu dia berharap mampu melangkah ke final.

"Ini penampilan pertama saya di Sukan Komanwel. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi dan Sukan Komanwel ini adalah salah satu impian saya untuk bertanding di sana dan tentunya saya gembira.


"Buat masa ini, saya sudah bersiap sedia dan sasaran itu adalah untuk cuba memasuki final. Apabila dapat capai, baharu saya menyasarkan pingat," kata Sharul yang menyertai kontinjen Malaysia dalam disiplin artistik bersama Rachel Yeoh.

Kontinjen negara ke Birmingham bakal disertai 107 atlet yang merangkumi 69 lelaki dan 38 wanita dengan skuad ragbi menjadi pasukan paling ramai atlet iaitu 13 pesertai. Skuad terjun diwakili 12 atlet, badminton (10), boling padang (10), skuasy (10), sukan para (sembilan), ping pong (lapan), angkat berat (tujuh), olahraga (tujuh), berbasikal (enam), renang (empat), tinju (dua), triathlon (dua) dan judo (dua).

Walaupun jumlah kontinjen semakin mengecil namun Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh emas, jumlah yang sama seperti diraih ketika edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Di Gold Coast 2018, Malaysia meraih tujuh emas menerusi sukan angkat berat, terjun, boling padang, gimnastik dan badminton. Lima perak turut berjaya diraih masing-masing menerusi sukan badminton, gimnastik dan angkat berat.

Kontinjen negara juga berjaya meraih 12 gangsa menerusi sukan angkat berat, skuasy, menembak, terjun, gimnastik, olahraga, ping pong dan badminton.
https://www.bharian.com.my/sukan ... arul-jadi-kenyataan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045969 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list