View: 783|Reply: 9
|
[Dunia]
Putera Charles terima RM16 juta dari pemimpin Qatar?
[Copy link]
|
|
Putera Charles terima RM16 juta dari pemimpin Qatar?
https://www.utusan.com.my/luar-n ... ari-pemimpin-qatar/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
28 Jun 2022, 9:00 am
LONDON: Putera Charles dilanda kontroversi berikutan timbul dakwaan beliau menerima beg pakaian yang disumbat dengan wang tunai sejuta pound (RM5.4 juta) bagi aktiviti amal daripada seorang bilionair di Qatar.
The Sunday Times melaporkan, Sheikh Hamad Jassim Jaber Al Thani juga didakwa memberikan Charles gumpalan wang kertas yang dimasukkan ke dalam beg dari kedai diraja Fortnum & Mason bernilai 820,000 pound (RM4.43 juta).
Secara keseluruhan, suami kepada mendiang Puteri Diana itu dilaporkan menerima wang tunai tiga juta pound (RM16 juta) bagi Yayasan Amal Prince of Wales daripada bekas Perdana Menteri Qatar itu antara 2011 dan 2015.
Difahamkan, Sheikh Hamad menyerahkan wang tunai sejuta pound secara peribadi kepada Charles semasa mesyuarat peribadi di Clarence House pada 2015.
Prince of Wales menyerahkan segera wang tersebut sepenuhnya kepada pembantunya untuk kegunaan badan amal itu.
Wang tunai yang diberikan kepada Charles dikumpulkan oleh bank swasta Coutts sebelum didepositkan ke akaun Tabung Amal Prince of Wales (PWCF).
Pihak akauntan menjelaskan penerimaan wang tunai dengan niat baik merupakan derma amal yang sah.
Sedangkan, dasar pemberian diraja menetapkan kerabat hanya dibenarkan menerima ‘cek’ bagi pihak badan amal dan tidak boleh menerima ‘wang tunai’.
Sheikh Hamad pernah digelar sebagai ‘lelaki yang membeli London’ selepas mengawasi pembelian Harrods, Shard dan perkampungan Olimpik oleh Qatar.
Beliau menjadi perdana menteri sejak 2007 hingga 2013 dan terpalit kontroversi berhubung dakwaan negara yang kaya sumber minyak itu menaja keganasan serta rekod hak asasi manusia yang buruk.
Kini lelaki berusia 62 tahun itu, yang mempunyai aset melebihi lapan bilion pound (RM43 bilion), hidup penuh kemegahan di London serta mempunyai kekebalan diplomatik, termasuk perlindungan daripada disaman.
Lelaki itu pernah membeli pegangan saham dalam Maybourne Hotel Group, yang memiliki Claridge’s, Berkeley dan Connaught di London, dari Barclays.
Semasa bidaan untuk Piala Dunia tahun ini, Qatar dituduh mengamalkan rasuah dan menjaja pengaruh.
Sheikh Hamad dikatakan menggunakan kekayaannya untuk mempengrauhi institusi paling berkuasa di Britain, terutamanya Keluarga Diraja.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak pokcik mintak sikit duit dari putera2 raja arab ni? duit banyak2 pun bukan boleh bawak mati kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah kah Muslim merasuah, aduhai, ingat dosa weiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya betul putera arab ni, macam kasi RM2 je kat orang |
|
|
|
|
|
|
|
Najib win.
Terima ntah berapa billion dari ketabat raja Saudi.
Entah apa jasa Najib kat Saudi.......tak tahulah |
|
|
|
|
|
|
|
Najibun dpt lg byk dari kerbat raja tersunyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahhaha 16 juta jerh????
Boskurrr tersenyum sinisssss |
|
|
|
|
|
|
|
Najibun tersenyum sinis 16juta jahh |
|
|
|
|
|
|
|
no komen sb rakayat malaysia lg hebat |
|
|
|
|
|
|
|
makan,pakai ,berak rakyat tanggung pon ambik rasuah jugak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|