CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 7

[Dunia] Biden, G7 umum sekat import emas Russia

[Copy link]
Post time 28-6-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Seorang pekerja mengeluarkan jongkong emas daripada acuan di kilang logam di Kasimov, Rusia. - Andrey Rudakov/Bloomberg

Biden, G7 umum sekat import emas Russia

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) bersama negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) akan melarang import emas Russia dalam satu lagi sekatan ke atas sektor ekonomi Moscow, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Biden sedang berusaha untuk memberikan tekanan kewangan terhadap Presiden Vladimir Putin supaya menamatkan pen­cerobohan Kremlin ke atas Ukraine.

Larangan import emas itu akan dilaksanakan ketika Russia terus mengaut berbilion-bilion dolar daripada jualan minyaknya walaupun berdepan sekatan dari AS dan blok Barat lain.

Selain minyak, emas adalah sumber pendapatan utama bagi ekonomi Russia.

“AS akan melaksanakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Putin, bertujuan menafikan pendapatan yang beliau perlukan untuk mem­biayai perang di Ukraine.

“Bersama-sama Washington dan G7 akan mengharamkan import emas Russia yang meraih pendapatan berpuluh-puluh bi­lion dolar kepada Moscow,” kata Biden dalam satu pengumuman di laman Twitter.

Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hari ini.

Barat telah mengenakan beberapa siri sekatan termasuk ke atas minyak Rusia, jenama mewah dan barangan lain.

Bagaimanapun, persoalan timbul me­ngenai keberkesanan hukuman kewangan tersebut.

“Impak kewangan jangka pendek sekatan yang dikenakan terhadap ekonomi Russia adalah besar tetapi menjadi semakin pudar sejak Mei lalu,” demikian menurut Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dalam laporan pada bulan ini.

Sehingga kini, minyak Russia masih dibeli oleh China dan India untuk menampung ruang kosong yang ditinggalkan oleh AS dan sekutunya.

Rusia pula masih mengaut AS$1 bilion (RM4.4 bilion) sehari daripada jualan minyaknya.

Pentadbiran Biden bagaima­napun masih berpendapat bahawa sekatan yang dikenakan oleh Barat adalah berkesan.

“Washington mengumpulkan seluruh dunia untuk membantutkan ekonomi Russia secara pantas dan ketara,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran Biden. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... import-emas-russia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 11:59 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 29-6-2022 12:38 AM

Biden spin ayat. Baru-baru ni Putin berucap hasut dunia untuk perlahan-lahan tinggalkan duit riba gali lubang tutup lubang USD dan suruh guna alternatif lain contohnya emas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:07 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 28-6-2022 03:59 PM
Biden spin ayat. Baru-baru ni Putin berucap hasut dunia untuk perlahan-lahan tinggalkan duit riba US ...

Kalau negara lain perasan Rusia boleh survive
negara lain nak mengikut juga.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:08 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 28-6-2022 11:59 PM
Biden spin ayat. Baru-baru ni Putin berucap hasut dunia untuk perlahan-lahan tinggalkan duit riba US ...

tu je cara nya.
western takkan buat.
SEA? (jangan harap lah)
Nak tak nak, China yang dikutuk keji juga mampu untuk mula kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
But the kazachok he danced really wunderbar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 12:48 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 29-6-2022 01:13 AM
blue_blur replied at 29-6-2022 12:08 AM
tu je cara nya.
western takkan buat.
SEA? (jangan harap lah)

Harga barang mula naik sejak diorang buang emas dan semua negara terima USD sebagai sandaran. dikala perang2 besar sebelum tu pun harga barang naik sket je tak rasa pun. nilai hasil usaha keringat kita, Tuhan beri merasa sampai mati tak perlu mikir nak labur ke ape, ada je situ takde sape usik. Tiada kasta ekonomi. Rohingya dan Melayu setaraf.



kalau kita guna dinar emas contohnya, harga barang takkan naik langsung pun sejak zaman nabi. tiada istilah inflasi la senang maintain 50 penuh satu troli sampai sekarang. B40 pun mampu beli laptop dua tiga sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 29-6-2022 12:48 AM
Harga barang mula naik sejak diorang buang emas dan semua negara terima USD sebagai sandaran.

Petrodollar tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041008 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list