CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 2

[Johor] Sindiket seleweng minyak masak subsidi tumpas

[Copy link]
Post time 28-6-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode

KPDNHEP Johor menumpaskan satu sindiket menyeleweng minyak masak subsidi dalam satu serbuan di Kota Masai, Pasir Gudang, semalam

  

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor berjaya menumpaskan sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi untuk dibungkus semula dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kota Masai, Pasir Gudang, semalam.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemilik syarikat untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan pihaknya berjaya merampas 13,610 kilogram minyak masak yang disyaki telah dicampur dengan minyak masak terpakai dan peralatan digunakan bernilai RM88,785.

“Serbuan yang dijalankan sekumpulan enam orang pegawai dan anggota KPDNHEP Johor pada pukul 11 pagi itu mendapati sindiket berkenaan menjalankan kegiatan tersebut di sebalik aktiviti pengumpulan dan penjualan minyak masak terpakai.

“Premis ini disyaki melakukan pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki dengan cara memotong minyak masak plastik ‘polybag’ dan mencampurkan ke dalam tangki minyak masak terpakai bagi mendapatkan kuantiti yang banyak untuk jualan dan keuntungan yang lebih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Hairul Anuar, pihaknya komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan minyak masak bersubsidi bagi memastikan bekalan minyak dapat dinikmati rakyat Malaysia.

“Tindakan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang mana jika sabit bersalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan pula denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya. Sehubungan itu siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pemilik premis tersebut,” ujarnya sambil meminta orang ramai menyalurkannya maklumat tentang penyelewengan minyak masak bersubsidi kepada KPDNHEP. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... sak-subsidi-tumpas/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 04:00 AM | Show all posts
bende nie dh lama ade...kita je lalai
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:04 AM | Show all posts
lol. patut ar area rumah I premis jual beli minyak masak terpakai ni cun sangat cat banner semua terjaga lawa macam baru semua. byk untung rupanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.203505 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list