CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 16

[Tempatan] Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bawa pelaburan RM6.2 bilion dari China, Korea

[Copy link]
Post time 29-6-2022 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-6-2022 04:04 PM


Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bawa pelaburan RM6.2 bilion dari China, Korea


Dr. Joachim Gunsalam


  • Oleh Media Mulia
  • 28 Jun 2022, 6:43 pm


KOTA KINABALU:Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) di bawah menterinya, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berjaya menarik pelaburan dari Korea Selatan dan China bernilai RM6.2 bilion untuk melabur di negeri ini.

Projek-projek tersebut melibatkan pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat pelabur dari Korea Selatan, SK Nexilis yang melabur sebanyak RM4.2 bilion dengan menyediakan hampir 500 peluang pekerjaan untuk penduduk Sabah.

Satu lagi adalah pembuatan kaca solar oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, yang melibatkan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan ini memberikan peluang pekerjaan hampir 2,000 kepada rakyat tempatan terutama belia.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Yubidi Gumpoyo berkata, semua projek itu merupakan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah MID.

“Kedua-dua projek utama yang sering diperkatakan ini merupakan hasil usaha Dr. Joachim yang bertungkus-lumus dari awal memastikan ia dilaksanakan dengan jayanya supaya impaknya dapat dinikmati oleh negeri dan rakyat secara keseluruhannya.

“Kejayaan membawa masuk projek-projek berimpak tinggi ini bukan sahaja menaikkan imej Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah–Barisan Nasional (GRS-BN) dan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ tetapi juga melonjakkan imej Parti Bersatu Sabah (PBS) selaku salah sebuah parti yang membentuk Kerajaan Negeri yang ada sekarang.

“Ini membuktikan Dr. Joachim sebenarnya seorang pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan tinggi sama ada sebagai seorang Ahli Kabinet Negeri Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mahupun selaku pemimpin kanan PBS.

“Limpahan kenikmatan daripada dua projek berimpak tinggi ini bukan sahaja dinikmati oleh negeri dan rakyat Sabah tetapi secara tidak langsung PBS kerana Dr. Joachim mewakili parti ini dalam Kerajaan GRS-BN.

“Ini juga bermakna pemilihan Dr. Joachim sebagai mewakili PBS memegang jawatan penting dalam Kabinet Kerajaan GRS-BN bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana beliau seorang yang kuat bekerja demi negeri dan rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, kritikan-kritikan dan tohmahan yang di lemparkan kepada Naib Presiden PBS itu adalah berniat jahat dengan tujuan mencemarkan imej beliau.

Kata Yubidi, ia satu propaganda berat sebelah dan cuba menjatuhkan imej Dr Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian, wakil rakyat dan pemimpin kanan PBS.

Sebelum ini satu portal berita nasional mengulas tentang pertandingan satu lawan satu antara Dr. Joachim yang juga Naib Presiden PBS dan Setiausaha Agung parti, Datuk Joniston Bangkuai dalam pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden parti minggu ini.

Menurut Yubidi lagi, kewibawaan Dr. Joachim selaku wakil rakyat juga sepatutnya tidak dipersoalkan kerana kepercayaan diberikan rakyat Kundasang kepadanya selama 18 tahun adalah bukti beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan kerana itu rakyat di kawasannya mahukan beliau terus memimpin mereka.

“Lainlah kalau Dr Joachim ini baharu sahaja satu dua penggal sebagai wakil rakyat,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun mengakui Dr. Joachim bukanlah seorang pemimpin yang suka bercakap banyak kerana beliau ini jenis yang kuat bekerja, kurang bercakap.

“Dr. Joachim ini seperti diam-diam ubi berisi, dan isinya dinikmati oleh semua rakyat di negeri ini.

“Tetapi ini adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahukan semua termasuk para pemimpin untuk kuat bekerja, kurangkan berpolitik,” jelasnya.

Menurut Yubidi lagi, Dr. Joachim menyertai PBS melalui kumpulan profesional pada tahun 2002 dan jawatan Naib Presiden yang disandangnya hingga kini dimenangi semasa pemilihan parti dahulu di mana beliau mendapat undi yang paling banyak ketika itu. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 08:57 AM | Show all posts
mcm rancangan ni sudah lama sebelum dia lagi ni....

angkat bakul lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:11 AM | Show all posts
jangan katanya menyediakan pekerjaan kpd rakyat tempatan,
tapi bila muncul kluster covid, yg keluar dr tempat pembinaan semua rakyat china
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 29-6-2022 12:57 AM
mcm rancangan ni sudah lama sebelum dia lagi ni....

angkat bakul lah

KK tu memang sudah jadik second home warga PRC sama Kpop. Property mahal2 area KK tu diurang punya saja la. Banyak ooo diorang labur buat bisnes homestay segala. Kita mampo beli property pprt luar bandar ja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 29-6-2022 01:11 AM
jangan katanya menyediakan pekerjaan kpd rakyat tempatan,
tapi bila muncul kluster covid, yg keluar ...

Kan. Ntah mana pi warga tempatan. Engineer semua pun dari China.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 29-6-2022 01:11 AM
jangan katanya menyediakan pekerjaan kpd rakyat tempatan,
tapi bila muncul kluster covid, yg keluar ...

Cuba ko kasitau si Joachim ni kasi bagus jalan masuk kampung dia dulu. Dari sy 5 tahun sampai sekarang mo dakat 40 sudah tu jalan masih serupa iblis gundorowo bikin panas mo limpas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 09:20 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-6-2022 09:14 AM
Cuba ko kasitau si Joachim ni kasi bagus jalan masuk kampung dia dulu. Dari sy 5 tahun sampai seka ...

kann. dia lupa antara yg terpaling buruk dan sempit, jalan masuk bundu tuhan, lepas tenompok (klu dr kk),
berombak2.



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:22 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-6-2022 09:13 AM
Kan.  Ntah mana pi warga tempatan. Engineer semua pun dari China.

bangunan sebelah imago yg baru mau bina, zaman pkp dulu, klu turn sy masuk office, akan nampak rakyat china baru balik kerja (diorang kerja tgh malam).

jauh beza muka cina tempatan dan ummah jinjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2022 09:22 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-6-2022 05:13 PM
Kan.  Ntah mana pi warga tempatan. Engineer semua pun dari China.

Di kota Kinabalu telah menggunakan engineer dan architect dari Cina semejak puluhan tahun dulu dah. Salah Seorang anak perempuan architect tu Sekarang dah berumur 85 tahun dilahirkan di Shanghai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 29-6-2022 01:20 AM
kann. dia lupa antara yg terpaling buruk dan sempit, jalan masuk bundu tuhan, lepas tenompok (kl ...

Tu la. Bikin panas betul mo guna tu jalan yach. Sempit, kecil, tidak ikut standard, berlubang2, phuiiiii sabar la bah betul rakyat Sabah menghadap jalanraya begitu berpuluh2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-6-2022 01:22 AM
Di kota Kinabalu telah menggunakan engineer dan architect dari Cina semejak puluhan tahun dulu dah ...

Terpaksa la guna khidmat luar dah local pun so2 ja perfomance. Gitu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 29-6-2022 01:22 AM
bangunan sebelah imago yg baru mau bina, zaman pkp dulu, klu turn sy masuk office, akan nampak rak ...

Kerja buruh kasar? Waktu siang biasanya sy nampak Pelipin sj buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:43 AM | Show all posts
habislah..gara gara mereka harga barang & service naik...org local terhimpit
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:24 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-6-2022 09:26 AM
Kerja buruh kasar? Waktu siang biasanya sy nampak Pelipin sj buat kerja.

yasama juga dgn pembinaan dlm sutera harbour tu. prc yg kerja.
lepas pkp, pilipin la yg kerja waktu siang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 29-6-2022 02:24 AM
yasama juga dgn pembinaan dlm sutera harbour tu. prc yg kerja.
lepas pkp, pilipin la yg kerja wakt ...

Saya baru tau ah pasal ni. Patut la diorang tiba2 macam ramai di Sabah. Beberapa tahun lalu (sebelum zaman Covid), sy ada pigi makan di satu food court di daerah (you know what) ini. Tiba2 datang 1 van, penuh amoi2 PRC (boleh tau kan tu rupa macam mana) ya. Seksi2 pula itu, you just know la diorang tu sex workers kan dari rupa sama penampilan. Makan di food court tu. Pastu ada 2 jantan @ bapak ayam jaga. Tempat weols ni, dulu mana ada sex workers PRC...Dan di daerah ini juga ramai sudah Cina Malaya buka bisnes. Meniaga di food court pun ada. Dulu tiada. Diorang nampak opportunities yang lokal inda nampak atau nampak tapi tidak peduli/tidak tau apa mo buat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak ucap tahniah kat Sabah..alih alih bila bc post post lain..dah tambah isu lain pulak...Sabah mmg tak ramai penduduk ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 29-6-2022 02:45 AM
wirazam replied at 29-6-2022 02:32 AM
Baru nak ucap tahniah kat Sabah..alih alih bila bc post post lain..dah tambah isu lain pulak...Sabah ...


Sabah negeri ketiga paling ramai penduduk di tanahair ini selepas Selangor dan Johor. Dua negeri ni boleh faham la kenapa kan sebab negeri2 perindustrian bagai. Terima kasih IC Projek, pertumbuhan penduduk memang pesat di Sabah ini (termasuk bukan warganegara) berbanding Sarawak yang jauh lagik besar dari Sabah. Btw Kedah begitu kecik pun aiol takajut 2 juta plus juga penduduk di sana. Aiol syak sebab Rohingla Bukit Malut.

Rujukan:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=columnnew/populationclock
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.087387 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list