CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 1

[Tempatan] Suami isteri lari tinggalkan mayat anak selepas kemalangan

[Copy link]
Post time 29-6-2022 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri lari tinggalkan mayat anak selepas kemalangan

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... selepas-kemalangan/

Oleh NOR AINNA HAMZAH
28 Jun 2022, 9:38 pm


Keadaan kereta jenis Proton Iswara Aerobek yang dipandu lelaki berkenaan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam kelmarin. - NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Pasangan suami isteri nekad melarikan diri serta meninggalkan mayat anaknya selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, pasangan berusia lingkungan 20an dan 30an itu melarikan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Difahamkan kenderaan tersebut milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika pasangan terbabit bersama seorang anak  berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, suspek lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback itu cuba memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

““Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, pasangan terbabit berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

Jelas beliau, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.-KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 08:46 AM | Show all posts
Ya Allah, sedih baca berita mcm ni...sanggup mak bapak tinggalkan anak mcm tu..dah la digilis kereta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041751 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list