CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Tempatan] Permintaan pinjaman dijangka terus meningkat

[Copy link]
Post time 29-6-2022 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Permintaan pinjaman dijangka terus meningkat

https://www.utusan.com.my/nasion ... ka-terus-meningkat/

Oleh SHAFIQAH SHUKOR
27 Jun 2022, 11:47 am


Peningkatan pinjaman isi rumah dikhuatiri boleh meningkatkan kadar muflis dalam kalangan rakyat apabila peminjam gagal melangsaikan hutang mereka. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Permintaan pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik dijangka terus meningkat, meskipun terdapat peningkatan dalam kadar faedah.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, peningkatan permintaan itu didorong oleh sektor ekonomi negara yang semakin memberangsangkan dan kenaikan harga komoditi utama, minyak, gas serta sawit.

“Peningkatan dalam kadar faedah pasaran, rentetan dari kadar dasar semalaman (OPR) yang meningkat sebanyak 25 mata asas, dijangka hanya memberikan kejutan kecil dan sementara.

“Kadar faedah bersih atau perbezaan antara kadar faedah ditawar untuk pinjaman (pendapatan bank) dan kadar faedah ditawar untuk tabungan (liabiliti bank) yang dibayar oleh bank juga dijangka semakin tinggi dan bakal memberikan keuntungan yang lebih baik kepada institusi perbankan di Malaysia.

“Kenaikan OPR, yang menyebabkan faedah pasaran meningkat, turut memitigasikan dan mengawal inflasi.

“Peningkatan kegiatan ekonomi secara umum memerlukan pelaburan baharu yang bakal ditanggung melalui pinjaman atau pembiayaan secara agregat,  menghantar isyarat laba untuk pihak perbankan.

“Hakikatnya, walaupun selepas kenaikan, kadar faedah pasaran masih rendah dan kompetitif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, agensi penarafan, RAM Ratings mengunjurkan pertumbuhan pinjaman tahun penuh pada 4.5-5.0 peratus pada tahun ini.

Menurutnya, pendapatan teras sebelum cukai bank-bank dijangka berada dalam aliran meningkat tahun ini, disokong oleh caj rosot nilai yang lebih sederhana dan pengembangan margin faedah bersih (NIM).

Bagaimanapun, ujarnya, keuntungan dijangka terjejas oleh Cukai Makmur, cukai kemakmuran yang dibayar sekali, manakala pertumbuhan ekonomi global yang perlahan ekoran perang Rusia dan Ukraine, impak daripada tekanan inflasi tinggi ke atas perbelanjaan penggunaan dan kekurangan buruh terus memberi risiko pertumbuhan perlahan.

Namun begitu, RAM Ratings menjangkakan industri perbankan mencatatkan keuntungan yang lebih baik pada suku pertama 2022.

Pada Mac 2022, pertumbuhan pinjaman industri berjaya mengekalkan momentumnya pada 4.6 peratus tahun ke tahun, disokong oleh berian pinjaman isi rumah yang lebih kukuh selain pengembangan sederhana pinjaman perniagaan.

Ketua bersama penarafan institusi kewangan RAM Ratings Wong Yin Ching berkata, pelbagai program bantuan pinjaman ditawarkan kepada peminjam semasa pandemik telah memberi tekanan sementara kepada pinjaman lapuk.

“Kami percaya nisbah kos kredit sistem perbankan pada 2022 berada di paras terendahnya pada 40 hingga 50 mata.

“Bagi kebanyakan bank, sebarang masuk kira semula peruntukan utama dijangka berlaku pada 2023 kerana trend pembayaran semula peminjam selepas berakhirnya pakej bantuan akan jelas ketara pada masa itu,” katanya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Sorotan Bulanan April lalu menyatakan bahawa, pembiayaan bersih terus berkembang pada 4.6 peratus, disokong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman terkumpul (5.0%; Mac: 4.6%), dalam keadaan pertumbuhan bon korporat terkumpul yang lebih sederhana (3.7%; Mac: 4.6%).

Menurut bank pusat itu, pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul mampan pada 4.9 peratus, mencerminkan pertumbuhan yang stabil merentas kebanyakan tujuan. Pertumbuhan pengeluaran pinjaman pada bulan itu lebih tinggi sedikit (10.8%; Mac: 10.2%) di samping terdapat peningkatan dalam pertumbuhan bayaran balik pinjaman (8.5%; Mac: 3.2%).

Bagi perniagaan, pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat (5.7%; Mac: 4.5%), mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja (8.3%; Mac: 6.3%) apabila pertumbuhan pengeluaran modal kerja melebihi bayaran balik pinjaman. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.216527 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list