CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

'Badang' Terengganu muncul juara kebangsaan 2022

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode

Kontinjen angkat berat Terengganu ceria selepas muncul juara keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Junior dan Senior Kebangsaan 2022. FOTO Ihsan PBBABT

Kuala Terengganu: Badang Terengganu membuktikan kehebatannya yang tersendiri apabila merangkul kejuaraan Kejohanan Angkat Berat Junior dan Senior Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan India, Kuching, Sarawak, hari ini.

Terengganu yang menghantar tujuh atlet lelaki dan enam atlet wanita berjaya meraih tujuh pingat emas dan empat perak sekali gus muncul juara keseluruhan menumpaskan 11 kontinjen negeri lain.

Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT), Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, kejayaan atlet Terengganu mengungguli kejohanan peringkat kebangsaan itu adalah hasil kerja keras atlet, persatuan, kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pihak-pihak terbabit secara langsung dan tidak langsung.


Katanya, kejayaan itu sudah diduga berdasarkan pencapaian semasa atlet selain komitmen mereka ketika sesi latihan sejak beberapa bulan sebelum ini.

Tambahnya, kejayaan itu menjadi landasan terbaik buat atlet yang bakal beraksi dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Lembah Klang bermula 29 September ini untuk memburu pingat emas sekali gus membuktikan Terengganu mampu menjadi kuasa dalam sukan lasak itu.

"Kejayaan ini membuktikan Terengganu mempunyai ramai atlet berbakat yang bukan saja bertaraf kebangsaan malah boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kita yakin dan percaya dengan kerjasama dan sokongan padu semua pihak termasuk kerajaan negeri, MSNT, persatuan, ibu bapa dan atlet itu sendiri, Terengganu mampu melangkah lebih jauh lagi dalam sukan ini.

"Selain itu kita juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu kerana sasaran kita untuk terus kekal sebagai kuasa dalam sukan ini," katanya ketika dihubungi.

Pada kejohanan yang disertai 121 atlet seluruh negara bermula 27 Jun hingga 1 Julai itu, kontinjen Terengganu meraih emas menerusi dua atlet wanita iaitu Nurul Afiqah Zamzuri bagi kategori 45 kilogram (kg) dengan angkatan 128kg dan Alya Adani Johari kategori 55kg dengan angkatan 130kg.

Lima lagi emas disumbang atlet lelaki menerusi Muhammad Zafrol Zainal Abidin kategori 61kg dengan angkatan 245kg, Muhammad Azfar Kamarudin kategori 89kg dengan angkatan 313kg, Muhammad Syahir Md Tera kategori 96kg dengan angkatan 316kg, Muhammad Hanafi Hamizi Abd Ghani kategori 102kg dengan angkatan 305kg dan Muhammad Izzan Ismadi kategori 109kg dengan angkatan 260kg.

Dengan kejayaan itu, Terengganu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-kebangsaan-2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list