CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Pulau Pinang] 12 individu didenda RM3,000 tawar pinjaman tidak wujud

[Copy link]
Post time 4-7-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode

POLIS mengiringi 12 individu yang didakwa menjalankan kegiatan menawarkan pinjaman tidak wujud. FOTO Danial Saad

Bukit Mertajam: Seramai 12 individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada pertengahan Jun lalu.

Tertuduh, Foo Shi Jie, 19; Muhammad Syafiq Aiman Mohd Sofian, 19; Nornajihah Sutiman, 19; Chan Zi Quan, 21; Ryman Shah Razes, 21; Ng Zi Xuan, 21; Muhammad Faisal Zainal Akbar, 22; Tan Chia Yee, 22; Ainul Taherah Johari, 22; Low Jia Chun, 22; Muhammad Hafiz Shamsul, 26; Muhammad Norzulhilme Sumari, 29 membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama adalah pihak satu pakatan jahat melakukan perbuatan salah di sisi undang-undang iaitu menawarkan pinjaman tidak wujud.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman beralamat di A-18-Tower A Kondominium BM City Jalan Perda dalam daerahSeberang Perai Tengah, pada 12.45 tengahari, 15 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dibaca mengikut Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Benjamin Tan Yi Bin.

Ketika prosiding, Mohamad Syafiq Nasrullah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan itu membabitkan orang awam.

Bagaimanapun, Benjamin memberitahu mahkamah kebanyakan anak guamnya masih muda dan ada yang tidak bekerja, selain terdapat juga yang masih belajar di kolej.

Menurutnya, semua anak guamnya juga mengaku bersalah dan insaf atas perbuatan yang dilakukan mereka.

Oleh itu, Benjamin memohon denda minimum bagi menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 seorang terhadap semua tertuduh dan jika gagal membayarnya, akan dipenjara selama enam bulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... injaman-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059549 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list