View: 843|Reply: 1
|
Mercedes semakin temui prestasi asal – Lewis Hamilton
[Copy link]
|
|
HAMILTON berjaya meraih kedudukan podium ketiga pada GP British di Litar Silverstone Ahad lalu. – AFP
Mercedes semakin temui prestasi asal – Lewis Hamilton
LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui bahawa Mercedes kini hampir merapatkan jurang dengan Red Bull dan Ferrari selepas menaiki podium di Grand Prix (GP) British Ahad lalu.
Pada saingan tersebut, Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak kelima berjaya menamatkan perlumbaan tempat ketiga di Silverstone sekali gus meraih podium tempat ketiga buat kali kedua berturut-turut selepas GP Kanada.
Prestasi konsisten yang dipamerkan Mercedes sekali gus menggambarkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut semakin hampir kembali dengan prestasi sebenar selepas bergelut dengan masalah jentera.
“Apa yang saya dapat rasakan adalah kami semakin hampir dengan mereka (Red Bull dan Ferrari). Jadi, kami perlu terus berusaha.
“Kami berjaya memberi tentangan pada setiap pusingan perlumbaan dan saya bersyukur Mercedes memberi tentangan cukup baik ketika di Silverstone.
“Sudah lama saya tidak merasai detik tersebut dan kami perlu meneruskan perstasi seperti ini menjelang perlumbaan akan datang.
“Perkara paling utama ialah Mercedes juga lebih baik di beberapa peringkat jika dibandingkan dengan Ferrari dan pada saingan itu Mercedes juga mendapatkan masa sepusingan terpantas. Rentak perlumbaan juga bertambah baik dan ini adalah tanda positif bagi kami.
“Apa pun, saya tidak kata Mercedes dalam kedudukan untuk menjadi juara, tetapi buat masa ini pasukan tidak jauh untuk mencapainya,” kata Hamilton.
Sebagai rekod, musim ini Hamilton masih gagal melakar sebarang kemenangan dan hanya meraih tiga podium tempat ketiga sewaktu di Grand Prix Bahrain, Kanada dan British. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... sal-lewis-hamilton/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|