View: 814|Reply: 0
|
Syasya duduki tempat keenam Piala Dunia ISSF
[Copy link]
|
|
Syasya duduki tempat keenam pada penampilan sulung dalam saingan Piala Dunia ISSF.
KUALA LUMPUR: Penembak wanita negara, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin percaya penampilan sulungnya dalam saingan Piala Dunia ISSF yang berlangsung di Changwon, Korea Selatan memberi pengalaman berharga buat dirinya dalam misi untuk lebih menyerlah pada kejohanan utama seterusnya.
Penembak muda berusia 19 tahun itu yang melakar kejutan mara ke final acara 10 meter air pistol individu, semalam terpaksa akur apabila menamatkan saingan pusingan akhir, hari ini di kedudukan keenam dengan mengutip keseluruhan 197.1 mata.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi saya di kejohanan kali ini. Biarpun ini kali pertama bertanding dengan format baharu namun saya fikir ia tidak menjejaskan prestasi saya.
"Sebaliknya, saya ada melakukan tembakan yang baik hari ini (meraih 50.1 mata dalam tembakan pertama). Saya percaya mampu meningkatkan lagi prestasi saya apabila bertanding di kejohanan utama pada masa akan datang," kata pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu.
Semalam, Syasya memastikan tiket ke final menjadi miliknya selepas menduduki tangga kelapan daripada 37 penembak yang beraksi di pusingan kelayakan dengan mengutip 574 mata sekali gus menyamai rekod kebangsaan miliknya dalam acara itu.
Sementara itu, Syasya yang turut beraksi dalam acara 10m air pistol berpasukan campuran bersama Jonathan Wong terpaksa akur apabila tidak berjaya menempatkan diri ke pentas final selepas menduduki tangga ke-16 dalam pusingan kelayakan.
Pada aksi kelayakan itu, Syasya mengutip 273 mata manakala Jonathan 286 mata untuk keseluruhan 559 mata.
Dalam pada itu, dua penembak lelaki negara, Ong Chee Keng dan Wong Boon Kiat yang beraksi dalam acara trap terkandas di pusingan kelayakan selepas masing-masing menamatkan aksi di kedudukan ke-29 dan 41.
https://www.bharian.com.my/sukan ... am-piala-dunia-issf |
|
|
|
|
|
|
| |
|