CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penunggang motosikal kuasa tinggi tiada lesen disaman

[Copy link]
Post time 14-7-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode

ADENAN Md. Isa memeriksa penunggang motosikal dalam Op Khas Motosikal (HRAA) 2022 di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN



BUTTERWORTH: Seramai dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disaman kerana tidak memiliki lesen dalam Op Khas Motosikal (HRAA) 2022 yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, salah seorang penunggang yang berusia 30-an bersama isterinya dalam perjalanan untuk makan malam dari Sungai Petani menuju ke Georgetown didapati tidak memiliki lesen kelas B (penuh).

Selain itu tambahnya, seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi berusia 20-an dari Kuala Ketil menuju ke tempat kerja di bahagian pulau turut ditahan atas kesalahan sama.

“Segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dikesan tidak memiliki lesen ini selalunya gemar menyertai acara ‘ride’ secara berkumpulan atau konvoi. Kita bimbang apabila penunggang ini tidak rasa bersalah apabila menunggang tanpa lesen sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan bersama pelbagai agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berlangsung selama empat hari.

Menurutnya, sebanyak 4,902 kenderaan diperiksa manakala 1,005 saman meliputi pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

“Tiada lesen memandu kompeten (CDL), cukai jalan kenderaan dan lesen kenderaan tamat tempoh antara kesalahan yang dikesan dalam operasi yang berakhir malam ini. Operasi seumpama ini akan diteruskan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pergerakan trafik yang lancar bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... iada-lesen-disaman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040312 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list