CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sempat berpaut pada penutup bekas simpan ais

[Copy link]
Post time 16-7-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Sempat berpaut pada penutup bekas simpan ais

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



MANGSA bot karam warga Indonesia, Zulham Efendi. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Seorang daripada empat warga Indonesia yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam pada Rabu lalu ditemukan selamat.

Mangsa, Zulham Efendi Marwani, 31, ditemukan oleh nelayan tempatan di sekitar perairan Pulau Kendi, di sini, hari ini.

Menurutnya, pada hari kejadian, bot yang mereka naiki dalam perjalanan dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia menuju ke Satun, Thailand bagi mengambil bekalan bawang serta buah-buahan.

"Bagaimanapun dalam perjalanan baru kami sedar bot kayu yang dinaiki bocor di bahagian enjin sebelum karam.

"Kami semua sempat memakai jaket keselamatan dan cuba menyelamatkan diri namun tetap hanyut akibat arus dan ombak kuat. Saya sempat berpaut pada penutup bekas simpanan ais.

"Saya difahamkan seorang daripada kami sudah diselamatkan dan berharap tiga lagi rakan termasuk tekong juga berada dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Zulham Efendi ditemukan dalam keadaan lemah selain lengan kedua-dua belah tangannya mengalami luka akibat bergesel dengan penutup bekas penyimpanan air ketika berpaut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 7.50 pagi daripada nelayan tempatan mengenai penemuan mangsa yang dalam keadaan lemah dan meminta bantuan.

Katanya, mangsa diselamatkan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban bagi tindakan lanjut.

"Keterangan lanjut ke atas mangsa akan diambil di ibu pejabat APMM Negeri Pulau Pinang bagi pengesahan bahawa mangsa adalah seorang kru kapal yang karam dalam Operasi Carilamat yang diaktifkan.

"Operasi carilamat bagi mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Abd Razak berkata, Aswin sudah diserah kepada Kedutaan Indonesia yang diterima sendiri oleh Konsular Jendral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang Bapak Bambang Suharto daripada Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz Abd Aziz selaku wakil APMM Pulau Pinang sekitar jam 10 pagi tadi.

Semalam media melaporkan, seramai empat lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki karam pada kedudukan kira-kira 7.5 batu nautika barat Sungai Kongsi, Balik Pulau di sini.

Kejadian yang menimpa mereka diketahui selepas seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Aswin, 43, ditemukan selamat pada jam 7 pagi semalam.






Disiarkan pada: Julai 16, 2022 @ 12:00am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053002 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list