CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Johor] Hanya kesan jerut, luka tiada kesan dera lampau

[Copy link]
Post time 17-7-2022 09:45 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro

Batu Pahat: Kanak-kanak perempuan yang ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tropika dekat Yong Peng kelmarin bukan mangsa penderaan ahli keluarganya sendiri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan dan mendapati tiada kesan kecederaan lampau yang dikesan pada tubuh badan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Selain kesan jerutan di leher, hanya terdapat luka di bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dipercayai akibat berlaku pergelutan ketika kejadian.

"Siasatan awal mendapati punca kematian kanak-kanak berkenaan adalah akibat dijerut di bahagian lehernya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ismail berkata, tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan lampau.

"Cuma terdapat sedikit luka di bahagian dahi mangsa dipercayai berlaku ketika pergelutan antara mangsa dan suspek," katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada 4.55 petang itu, mangsa ditemui dengan kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut di bahagian leher mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kesan-dera-lampau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.845223 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list