Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Sulaiman bin Harb, diceritakan oleh Muhammad bin Thalhah, daripada Thalhah, daripada Mush'ab bin Sa'ad,
"Sa'ad menganggap bahawa dirinya memiliki kelebihan dibandingkan dengan orang lain.
Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Tidaklah kalian ditolong dan diberi rezeki melainkan kerana adanya orang-orang yang lemah (termasuk orang miskin) (di antara) kalian."
(Hadith Bukhari no. 2681)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|