View: 1369|Reply: 9
|
[Tempatan]
CEO anak syarikat sebuah bank ditahan rasuah RM24 juta
[Copy link]
|
|
CEO anak syarikat sebuah bank ditahan rasuah RM24 juta
https://www.utusan.com.my/berita ... n-rasuah-rm24-juta/
Oleh MASZUREEN HADZMAN
19 Julai 2022, 9:57 am
PETALING JAYA : Ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.
Satu sumber memberitahu, suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu bersama dua lagi suspek lelaki berusia antara 53 hingga 58 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Kata sumber itu, suspek wanita tersebut dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih RM24 juta ketika berkhidmat dengan anak syarikat sebuah bank pada sekitar tahun 2010.
“Suspek lelaki berusia 53 tahun itu pula yang kini bekerja sebagai perunding kewangan manakala rakannya tidak bekerja,” kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat esok pada jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Putrajaya. –UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat swasta ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa saje bila ada kuasa akan buat benda yg sama...dulu ada juga CEO pompuan buat arrangement sewa satu building as HQ..rupa2 nya owner building kaum kerabat dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tu? Senang buat duit |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ni punya kerja.... kalau ambik rasuah manjang melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 19-7-2022 11:46 AM
sesapa saje bila ada kuasa akan buat benda yg sama...dulu ada juga CEO pompuan buat arrangement sewa ...
Teringat kat José Alberto Mujica.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru puas hati. songlap juta-juta. ni rembat RM300 kena penjara 10 tahun tak berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
Bank GLC ke bank swasta? Kalo GLC, ada kemungkinan pelakunya masih melayu |
|
|
|
|
|
|
|
kes mantan big boss bank pembagunan dulu tu apa cerita?
lupa pulak aku nama org tua tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|