CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 11

[Dunia] Malaysia kekal dalam senarai hitam pemerdagangan manusia AS

[Copy link]
Post time 21-7-2022 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia kekal dalam senarai hitam pemerdagangan manusia AS

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... agangan-manusia-as/

Oleh KOSMO!
21 Julai 2022, 8:20 am


BLINKEN berucap semasa pelancaran laporan pemerdagangan manusia di Jabatan Negara, Washington kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) kelmarin menambah Vietnam, Kemboja, Brunei dan Macau ke dalam senarai hitam pemerdagangan manusia bersama-sama Malaysia kerana didakwa lemah dalam menghentikan kegiatan pelacuran secara paksaan atau membantu pekerja imigran.

Dalam laporan tahunannya, AS turut memasukkan Belarus dan sekutu Barat, Bulgaria ke dalam senarai ‘Peringkat 3’ tersebut kerana gagal mengambil serius jenayah pemerdagangan manusia.

“Sekiranya anda lihat laporan ini, anda akan menyaksikan gambaran kemajuan yang berbeza-beza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Blinken berkata, rasuah menjadi ‘alat utama’ sindiket-sindiket penyeludupan manusia untuk bergantung harap supaya kerajaan menutup sebelah mata terhadap jenayah mereka.

Laporan tahunan pemerdagangan manusia oleh Jabatan Negara itu tidak mengecualikan sekutu rapat AS yang kerap kali mencetus perbalahan pada masa lalu, namun pegawai-pegawai Washington berkata, berita negatif itu mendorong kerajaan-kerajaan terbabit untuk bertindak.  

Negara-negara yang berada dalam senarai hitam Peringkat 3 itu tertakluk kepada sekatan AS. Bagaimanapun, Washington berulang kali menangguhkan hukuman terhadap negara-negara sahabat yang berjanji akan melakukan penambahbaikan.

Kari Johnstone selaku pegawai kanan Jabatan Negara bertanggungjawab memerangi penyeludupan manusia berkata, sebilangan kerajaan di Asia diturunkan kedudukan dalam senarai tersebut kerana telah berada dalam pemerhatian sebelum ini serta gagal menunjukkan kemajuan.

“Adalah mengecewakan kerana terdapat sebilangan negara di rantau Asia pada tahun ini yang tidak meningkatkan usaha memerangi pemerdagangan manusia,” katanya kepada pemberita.

Bersama-sama Malaysia, negara yang kekal dalam senarai hitam AS dari tahun lalu lalu adalah Afghanistan, Cuba, Eritrea, Guinea-Bissau, Iran, Myanmar, Korea Utara, Nicaragua, Russia, Sudan Selatan, Syria, Turkmenistan dan Venezuela. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:26 AM | Show all posts
adakah USA suruh Malaysia menghalalkan pelacuran semacam mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:25 AM | Show all posts
kes yang jumpa kem kem pemerdagangn manusia kat perlis dulu tu apa ending dia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:25 AM | Show all posts
LOL. di AS takde cermin ke?? perangai ummah diorang punya sampah sampai viral satu dunia. tak sedo diri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Brunei?? Serious ahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 11:42 AM | Show all posts
tahniah la Msia skrg  dah setaraf dgn negara2 mundur afrika dgn north korea..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang buat benda ni kaum sepet, yang ill treat pekerja pun kaum sepet. Tapi kaum sepet jugaklah yang meroyan2 memekak2 kata orang Melayu tak adil. Tetiba!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Stad Dusuki, stadzah Asmak lansung tidak peduli isu sebegini.

Deol kenal Dewa 19 dan Justin Bieber je. Menunjukkan betapa inteleknya stad stadzah kite.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau aku jd piem aku hntr suma pati rohingya  bangla, paki 1 kapal kt us......ni x siap dodoikan lagu slmt mlm rohingya....endup kena blacklist, mmg bangang la
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:32 PM | Show all posts
Firenzza replied at 21-7-2022 09:45 PM
Klau aku jd piem aku hntr suma pati rohingya  bangla, paki 1 kapal kt us......ni x siap dodoikan lag ...

idea nak hantaq pati termasuk rohingya ke US ni idea yg bernas.. one way tiket giteww...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah lagi satu menteri.. menteri tak cukup ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.112714 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list