CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1017|Reply: 5

[Tempatan] Perdaya mangsa rogol guna agama

[Copy link]
Post time 21-7-2022 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Perdaya mangsa rogol guna agama

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... a-rogol-guna-agama/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
21 Julai 2022, 8:30 am


PENCERAMAH bebas dipercayai berkenalan dengan remaja berusia 14 tahun di media sosial sejak dua bulan lalu. – GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Penceramah ­bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial sejak dua bulan lalu.

Hubungan bermula Mei lalu dikatakan bermula dengan pertanyaan mengenai permasalahan hukum agama susulan lelaki berusia 30-an itu ada membuat syarahan secara bersemuka dan menerusi media sosial termasuk saluran YouTube.

Penceramah bebas berkenaan dilaporkan telah berkahwin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara penceramah dan remaja berkenaan bermula apabila mangsa dipercayai ada menghubungi lelaki itu di media sosial bagi bertanyakan masalah agama.

“Suspek adalah penceramah bebas yang turut memberikan ceramah di media sosial. Jadi, dari situ mereka mula mengenali satu sama lain dan perkenalan terjalin sejak Mei tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, Sasikala berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan bagi melihat sama ada wujud unsur ugutan dilakukan suspek terhadap mangsa susulan berlakunya beberapa hubungan intim sebelum ini.

Jelasnya, siasatan itu berikutan kejadian terkutuk berkenaan melibatkan berlainan lokasi termasuk di Perak dan Kuala Lumpur berdasarkan laporan dibuat mangsa.

“Lokasinya berbeza dan kita tidak tahu semasa berlaku di sana (dua buah lagi negeri) itu bagaimana (sama ada wujud ugutan). Kita masih merakam percakapan suspek.

“Siasatan juga masih dijalankan sama ada disebabkan perwatakan baik membuatkan mangsa percaya kepada suspek sehingga disyaki berlakunya kejadian berkenaan (rogol). Namun, suspek ini sudah berkahwin,” ujarnya.

Jelas beliau, setakat ini tiada laporan baharu diterima dari mana-mana mangsa yang lain dan pihaknya akan menggunakan tempoh reman lima hari sehingga Sabtu ini bagi melengkap­kan siasatan.

“Sejurus selesai kita serahkan suspek kepada Polis Perak susulan terdapat laporan di sana,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penceramah bebas dicekup Isnin lalu selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Se­langor, kira-kira pukul 4.50 petang Isnin lalu selepas polis menerima laporan berkaitan kes rogol, Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:25 AM | Show all posts
pedo penonggeng agama memang sial

ceramah berbuih2 air liur pandai sangat

diri sendiri ikut syaiton
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:49 PM | Show all posts
seriusla TT tak tau thread dah ada?

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 07:03 PM | Show all posts
apa perkembangan kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 07:13 PM | Show all posts
bodoh budak bawah umur kut. carilah bohsia nak lampiaskan nafsu setan.  pedo makin banyak. hati2 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape ostat celaka tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054376 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list