View: 1942|Reply: 24
|
[Tempatan]
Kakitangan kerajaan disamun, dicabul ketika pulang ke rumah
[Copy link]
|
|
Kakitangan kerajaan disamun, dicabul ketika pulang ke rumah
PUTRAJAYA: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner AAsmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang semalam ketika wanita berusia 30-an itu berjalan menuju ke rumahnya.
Menurutnya, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki tidak dikenali dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan berdekatan rumah mangsa.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan mangsa sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.
"Mangsa kemudian mengejar suspek sehingga aras dua sebelum suspek sekali lagi mendekati mangsa dan merampas telefon bimbit jenis iPhone 8 selain mencabul mangsa,"katanya ketika dihubungi, hari ini.
Asmadi berkata, mangsa sempat menumbuk suspek di bahagian pipi kanan dan menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri selepas jeritan didengari penghuni.
Beliau berkata, mangsa yang masih bujang mendakwa wang tunai berjumlah RM300 di dalam beg tanganya turut dilarikan suspek.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju-T warna putih dan berseluar trek hitam.
"Suspek masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku dan usaha memburu suspek sedang dilakukan melalui kaedah fotofit,"
"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ika-pulang-ke-rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
awat jahat sgt ni
area putrajaya ni kdg jd benda pelik2 yg x dihebahkan sgt
jejaga la kome ye
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh bukan rompak je siap pakej cabul skali..cctv ade tak area tu |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
wajibkan la letak cctv kat byk hidden spot ke open spot ke.
takut benda2 mcm.ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kuarters mana nak datang cctv dik non oi. kalau tak kejar ikut tangga mungkin rugi rm300 je. dekat tangga memang pucuk dicita ulam mendatang la kekdahnye. semoga polis putrajaya dapat tangkap la penjenayah tersebuts. |
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya sudah jatuh ditimpa tangga..aduhaiii tkde rezeki adik tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ni..putrajaya payah nk pasang cctv???????..kalo Kampung Miskin Hina Ulu Banat..boleh la faham....apaaa daaa |
|
|
|
|
|
|
|
kat area umah adik ipar, bnyk kali kes pecah rumah. Kat precinct 14 rasanya yg dekat exit bangi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cam pelik kuarters xde cctv.. pasni harap pasangkan setiap kuarters. Petang2 pun xselamat belum malam lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata tak pandai membaca bab cabul tu elok pulak ko nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
hp siap sebut jenama dan model
jenama handbag kenapa tak sebut sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan kediaman tak berpagar pastu dlm keadaan org terdesak mmg bahaya...sbb tu cantik or mahal mcm mana pun rumah i suka yg ada pagar security..kot mampu laa |
|
|
|
|
|
|
|
putrajaya mmg byk kes dah skrg. lagi2 curi motor/sparepart motor. maybe dah aim kot kawasan sunyi yg byk org gomen keje siang2. guard plak x blh harap mmg habis laa tempat tu. naseb pompuan tu single. klu bini org smpai ke lubang cacing laki org tu cari |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang wanita (tak tau kerja apa) tapi sebab dicabul dikawasan kuarters kerajaan, terus dicop sebagai kakitangan kerajaan. Hmmm... mesti pencabul tu pun kakitangan kerajaan sbb dia mencabul di kawasan kuarters kerajaan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi kurang 5 kaki
tshirt putih
seluar trek hitam
dah macam budak sekolah baru balik koko je |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la jenis baca title je
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsep kejiranan tanpa pagar katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Koridor aras sembilan. Presint berapa agaknya ni.
dh lama target kut |
|
|
|
|
|
|
| |
|