CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 6

[Tempatan] Nasib baik bukan Mujahid yang jadi menteri, warganet ‘lega’ Siti Nuramira tidak didakwa di Mahkamah Syariah

[Copy link]
Post time 21-7-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 21-7-2022 03:45 PM

Nasib baik bukan Mujahid yang jadi menteri, warganet ‘lega’ Siti Nuramira tidak didakwa di Mahkamah Syariah
By FAZLI RADZI / July 21, 2022



Sebahagian warganet secara sinis berasa lega memandangkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bukan lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ketika Siti Nuramira Abdullah tidak didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Reaksi orang ramai itu susulan keputusan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap wanita itu yang didakwa menghina Islam bagi mengelak dia dituduh di dua mahkamah berbeza.

Dalam masa sama, orang ramai juga bertanyakan di mana NGO dan invidu tertentu yang semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang bercakap tentang kepentingan Islam.

“Nasib baik bukan Mujahid yang jadi menteri, Yusof Azmi mana ni?” soal AB Manap Gani.

Hal sama juga dibangkitkan Roslan Ismail yang berpendapat bagaimana naratif Islam terancam cenderung dimainkan jika PH masih di Putrajaya.

“Kalau PH, Mujahid (jadi Menteri Agama) habislah semua masjid, surau digempur berbulan-bulan isu Islam diancam.


“Maki hamun jangan cakaplah, dibolehkan. Mana keadilan Islam ketika itu?” bidasnya.

Tidak kurang juga bertanyakan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad masih wujud.

“Menteri Agama membisu apa hal?” soal Mas Albanj Wahab pula.

Semalam, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan menerusi kenyataannya berkata, keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira bersesuaian dengan maqasid (matlamat) syariah.

Jelasnya, maqasid syariah menekankan pendekatan ta’dib dalam pentadbiran jenayah syariah yang diharap dapat membawa kembali wanita itu ke arah amalan Islam sebenar.

Katanya, pertuduhan jenayah sudah dimulakan di mahkamah sivil pada 13 Julai lalu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

LANJUT MENYUSUL

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni basic kot,  masa isu Hudud panas dulu pun antara hujah pihak yg x setuju Hudud adalah nk elak Double Jeopardy lah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp btol jer,  kalau jadi zaman Mujahid mampus mamat tu kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai muntri agame skrg parti dapig ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:27 PM | Show all posts
sudah la, pencurik, penyangak beragama Islam tapi diangkat, disokong oleh org beragama Islam takde pulak rasa terhina siap aman2 je jalinkan kerjasama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:59 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 22-7-2022 11:00 AM

Mujahidlah ni salah sorg menteri pH yg plg teruk kena fitnah dgn AmnoPas masa jadi menteri agama dulu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji xde campoq tangan DAP kaedahnyaaaa.
Takpe la byk pahala Mujahid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045670 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list