CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 19

[Tempatan] Beri laluan kenderaan lain sampai kereta terjunam dalam sungai

[Copy link]
Post time 21-7-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Sifat simpati seorang pemandu memberi laluan kepada sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan sempit bertukar tragedi apabila keretanya  terjunam ke dalam sungai di Melaka petang semalam.


MELAKA – Sifat simpati seorang pemandu memberi laluan kepada sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan sempit bertukar tragedi apabila keretanya  terjunam ke dalam sungai petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri dari kereta  Mercedes Benz E250 dipandunya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Berendam menuju Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui Jalan Sungai Nibong.

“Semasa mangsa melalui jalan tepi sungai itu, pemandu terbabit telah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa cuba beralah dengan rapat ke bahu jalan tepi sungai untuk memberi laluan namun tiba-tiba kenderaannya tergelincir masuk ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Tambah Christopher, mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rentua kn dh pesan...'buat baik tu...biar berpada pada...'...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Merc tu

Alangkan kancil pun menangis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:32 PM | Show all posts
bukti org melaka mulut jah hansuang..tp hati baik

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 pernah jumpa driver dpn brek keta just nk bagi laluan keta bertentangan arah nk belok kanan. Driver yg belok tu x mintak pun lg hangin bila keta tu bagi suma keta yg nk belok semua lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda terima kasih. Jarang jumpa luar melaka. Ada tu ada, tp x selalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sempat melarikan diri.. kalau tak naya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko naik.merc dek..ko patut sombong...jgn bergerakkk..biar keta kecik mengalah kan dah susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 08:59 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 21-7-2022 09:02 PM

aku biasa lalu jalan ni,
jalan shortcut bukit beruang - batu berendam.

jalan ni sebenar nya boleh di besar kan lagi.
masih ada ruang kiri kanan,
tapi orang nak elak jalan tak rata dan tinggi kat tepi tu,
bahu jalan tu  tajam, takut rosak tayar.

dan juga jadi punca sesak,
sebab adun norhizam hassan baktee yang cerdik,
pegi tutup jalan laluan arah ke taman perumahan sebelah jalan tu.

kalau tak tutup, boleh trafik lalu ke sana,
dan jalan tu pun ada laluan ke masjid dan arah ke jalan besar.

sekarang jadi dua arah berjimpit jimpit dan sengol senggolan,
di jalan sempit celah bedah ittew, naseb tak baik masuk sungai

aku elak lalu sini time peak hour, macam sialan kereta banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:05 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 21-7-2022 09:26 PM

ini jalan nya dan ini orang nya.
orang masjid pun marah, sebab pegi tutup jalan shortcut pegi masjid.

buduh punya nurhizam






Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar nama ni..... jln bukit berduit - badak berendam
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 21-7-2022 09:05 PM
ini jalan nya dan ini orang nya.
orang masjid pun marah, sebab pegi tutup jalan shortcut pegi masjid ...

Ape bongkak naw yaibeee neh
Cm hanats jer ckp dgn org tua gitu
Beradab lagi org tua tu rsnya kalau dgr tone suara
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...

Alah.... aku yg bukan anak Melaka ni pun selalu je buat. Bukan budaya Melakalah...... tapi sifat seseorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati baik, pakai merc...impian para wanita..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...

Eh kau.....

Kau tak jumpa lg org kat kg aku.....bkn kg aku...kg ke dalam sikit.....aku masuk kat situ, akak² , mcik² abg² yg berselisih semua angkat tgn.....
Terkejut aku tau....rasa eh, baiknya dorang....tak sombong.....

Insoff aku sekejap......
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Carcosa at 21-7-2022 10:29 PM
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...


Baru je tadi aku angkat tangan dekat ambulan, sbb ambulan yg kasi aku jalan Kagum betul aku dgn abang ambulan tu Aku angkat tangan lama gila sambil senyum, and ckp dgn anak aku dkt dlm carseat, see if u do go things, good things will happen to you
And aku bukan org Melaka

Oh sebelum kena kecam tanpa hala tuju, ambulan tu tak menyala siren dia ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:40 PM | Show all posts
Simpati ka takut calar?

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...

Bagus budaya macam ni. Menghargai orang lain. Tapi ada jugak kawan aku yang bengap dia pergi tanya kenapa aku angkat tangan..
Kalau nak tukar lane kalau jalan tu sibuk ke apa dan orang bagi laluan, aku pasang emergency signals sekejap bila dah masuk depan dia. Itu pun maksudnya terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 21-7-2022 08:07 PM
Kat melaka ada satu budaya, kalau kita bg jalan/beralah jalan sempit, dia akan angkat tangan tanda t ...

Kau ni jenis katak bawah tempurung tak pernah keluar dari negara Melaka yg luas tu ke dekk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarat angkat tangan mencurigakan taw.  Beberapa tahun lepas ada kawan sorang ni insyarat babai babai lama sangat dalam 7saat,  tak lama kemudian beliau masuk spital,  nasib baik hidup lagi, kalau beliau babai babai 15saat mungkin beliau sudah innalillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050553 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list