CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 2

Kesan Jerut Di Leher, Wanita Didakwa Sebabkan Kematian Anak

[Copy link]
Post time 21-7-2022 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak perempuannya yang berusia 11 tahun pada 14 Julai lalu.


Tertuduh, Sembakavali, 34, yang tiba kira-kira pukul 8.30 pagi di pekarangan mahkamah dengan memakai baju T berwarna merah dan seluar hitam bercorak bunga diiringi seorang anggota polis wanita dilihat seperti mencari sesuatu.








Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman, tertuduh mengangguk faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Berdasar kertas pertuduhan, Sembakavali didakwa menyebabkan kematian N. Maha Letchumi di rumah Nombor 21, Jalan Tropika 14, Taman Bukit Tropika Yong Peng pada pukul 4.55 petang, 14 Julai 2022.


Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Izzati Rozman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Nurasidah kemudian menetapkan 13 September depan bagi sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.


Pada 14 Julai, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Yong Peng dan hasil siasatan mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dahi serta jerutan pada leher mangsa.


Susulan itu, ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan kerana keterangan diberikan tidak konsisten berbanding keterangan daripada saksi-saksi yang lain.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 10:10 AM | Show all posts
giloo..ko bunuh ank sndiri ke??
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:11 AM | Show all posts
why bunuh anak sendiri?? parah nyaa dunia skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041144 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list