CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 13

'Kerajaan Suruh Jimat Kos, Tapi Kenapa Taklimat Usul Tuntutan Sulu Buat Di Ballroom Hotel?'

[Copy link]
Post time 21-7-2022 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas akan diberikan taklimat secara tertutup berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu pada jam 8.30 malam ini di sebuah hotel di ibu negara.


Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengakui menerima surat jemputan hadiri taklimat malam ini, namun tidak dapat dikongsi kerana ia dicop sebagai rahsia.




FB




Taklimat tersebut menyusul selepas beberapa hari persidangan Dewan Rakyat kecoh susulan usul membahaskan tuntutan waris Sultan Sulu ditolak.


"Semalam, saya percaya semua Ahli Parlimen di blok pembangkang dan Bebas telah menerima satu 'surat cinta' daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Tetapi saya tidak boleh dedahkan kepada rakan wartawan kerana ia dicop rahsia.


"Bagaimana satu surat jemputan itu boleh menjadi rahsia, saya perlukan menteri untuk menjelaskan kepada kami..." katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.


Mengulas lanjut, Nie Ching berkata sesi taklimat tersebut akan disampaikan oleh Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di JPM (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.


Katanya, sebaik taklimat tersebut selesai, satu sesi soal jawab dijangka diadakan.
Bagaimanapun, Nie Ching mempertikaikan tindakan untuk mengadakan perbincangan tersebut di sebuah hotel bertaraf lima bintang, yang disifatkan sebagai membazir sedangkan Dewan Rakyat boleh dijadikan sebagai medan perbincangan.


"Bukankah sekarang ini kerajaan kata nak jimat kos kerana kos sara hidup semakin tinggi, buat apa kita bazir sewa ballroom? Kita tak guna pakai fasiliti sedia ada iaitu Parlimen dan Dewan Rakyat.


"Mana ada platform lagi bagus untuk mendengar taklimat atau penjelasan daripada menteri-menteri?," soalnya lagi.


Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati mengenai usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis ditolak sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertua, Tan Sri Azhar Azizan Harun.


Begitupun, Azhar semalam menjelaskan pendirian beliau untuk menolak usul tersebut kerana ia bersifat subjudis dan perbahasan usul tersebut boleh mendedahkan strategi perundangan kerajaan kepada pihak lawan.




Sumber: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen skrg ni pernah pulak bijak. Gabungan pengkhianat, penunggang n penyamun what do u expect…
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
taklimat pasal kebodohan najib batalkan perjanjian ikut suka hati apak dia ke?

nak batal apa2 perjanjian pi naik mahkamah dulu jibby..bukan suka suka hati main tak iktiraf je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:08 AM | Show all posts
pas tu takde penyelesaian pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:41 AM | Show all posts
bising2 nnt dtg mkn2 minum2 gelak ketawa
lupa dah tujuan asal
puihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjimatan kos buat di ballroom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat kat dewan komuniti pung boleh
Nak buat pembaziran gaks
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:50 AM | Show all posts
parlimen skrg dah jadi takde fungsi yah bawah gomen hanat nih..perkara serius yg libatkan kedaulatan negara camni pun buat kat hotel.Apoo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 12:46 PM | Show all posts
Hotel UMNO ka? tanya je

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau si tomitomat tak buat surat bodoh tu, tak perlu pon sesi penerangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
No wonder la acik2 forum gelar org tua tu mael lembab
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 02:26 PM | Show all posts
so, kalau buat lagu ni tak ke mendedahkan ke strategi negara as ketua speaker said..???sbb boleh je bende ni keluar kot ? terjamin ke?
parlimen tak leh kan?

eloklah - dah bekas timbalan daripada parti warisan pun dah nafi tahu hal surat menyerat tu
https://www.malaysianow.com/my/n ... zDnt3lLgHPElaxSWbxQ

https://sabahkini2.com/en/news/4 ... GfQLAvsJEtvLhAjvy_4
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:30 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 22-7-2022 02:17 AM
taklimat pasal kebodohan najib batalkan perjanjian ikut suka hati apak dia ke?

nak batal apa2 perj ...

Betul
Before you seek to terminate a contract, make sure that you have the legal grounds to do so and that the guidelines set forth in your contract regarding termination can be legally enforced in a court of law. Otherwise, there may be consequences for attempting to end your contract that create further issues
Pok Jib(yg kalah rayuan tu) kot2 fantasy diri tu koboi ... main suka2 dia aje batalkan perjanjian



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 22-7-2022 04:37 PM

Belum dengar(penerangan lagi)...dah bising...tumpukankanlah dulu kpd isu pokok kalau benda ni hanya korang PEMIMPIN(konon) jer yg wajib tau terlebih dahulu...memekak jer kerjanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051833 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list