LANGKAWI: Polis menahan seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah yang dipercayai mencabul seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menahan guru terbabit berusia 48 tahun yang bertugas di sekolah sama.
“Satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada pagi semalam, susulan itu pada hari sama sekitar tengah hari, satu tangkapan telah dibuat ke atas suspek.
Suspek kini direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Shariman meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut.