CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Tempatan] 30 orang Asli hidup tanpa bekalan api & air selama 30 tahun

[Copy link]
Post time 22-7-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
30 tahun hidup tanpa bekalan api, air

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -bekalan-api-air-2/

Oleh AIMUNI TUAN LAH
22 Julai 2022, 8:05 am


Seorang lelaki Orang Asli dan dua anaknya duduk di depan rumah mereka yang daif tanpa bekalan kemudahan asas di Kampung Om, Pos Blau, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Ketika sebahagian besar penduduk negara ini mendapat pelbagai kemudahan, sekumpulan 30 Orang Asli Kampung Om, Pos Blau di sini seolah-olah hidup pada zaman 60-an apabila tinggal di kawasan tanpa bekalan air, elektrik dan talian komunikasi.

Penduduk mendakwa, kehidupan serba kekurangan itu dialami sejak 30 tahun lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati hanya tiga buah rumah batu dibina pihak kerajaan, manakala selebihnya masih rumah binaan kayu di kampung yang terletak di tepi Jalan Gua Musang-Lojing itu.

Ketua Kampung Om, Jalil Ayah, 55, berkata, penduduk kampung hanya menggunakan pelita dan menumpang air bersih yang dibekalkan pihak pekebun.

Katanya, sebelum ini, ramai keluarga Orang Asli menetap di kawasan itu, namun mereka berpindah ke kampung lagi bagi mendapatkan bekalan elektrik, air bersih dan rumah yang selesa.

“Meskipun sudah tahun 2022, kami seperti masih hidup di zaman 60-an apabila masih tidak mendapat kemudahan sepatutnya seperti kampung lain.

“Setiap hari kita pakai pelita untuk menerangi rumah. Air sungai pun tercemar dan kami memohon ihsan daripada pihak pekebun untuk menggunakan bekalan air,” katanya.

Leha Uda, 29, pula berkata, dia tinggal di rumah yang dibina menggunakan kayu terpakai dan mengharapkan kediaman yang lebih selesa dapat disediakan untuk keluarganya.

Katanya, rumah itu dibina sendiri menggunakan kayu dan zink terbuang yang diambil di kawasan kebun sayur.

“Saya berharap dapat rumah yang selesa kerana empat orang anak semakin membesar.

“Kami bukan sahaja tidak mempunyai air bersih dan ­elek­trik, tetapi juga tiada liputan talian telefon di kawasan ini,” katanya.

Ghani Ariffin, 44, pula berkata, dia berharap kerajaan dapat menyediakan rumah yang selesa dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

Katanya, mereka juga inginkan kemudahan asas seperti yang ada di kampung Orang Asli lain di Tanah Tinggi Lojing di sini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038151 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list