View: 431|Reply: 0
|
[Dunia]
Lebih 1,000 orang mati akibat cuaca panas melampau di Portugal
[Copy link]
|
|
Lebih 1,000 orang mati akibat cuaca panas melampau di Portugal
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... lampau-di-portugal/
Oleh KOSMO!
22 Julai 2022, 11:00 am
ANGGOTA bomba menangani kebakaran hutan di sekitar kampung Eiriz di Baiao, utara Portugal pada 15 Julai lalu. - AFP
LISBON – Portugal melaporkan lebih 1,000 kematian akibat gelombang haba, manakala ketua kesihatannya memberi amaran bahawa negara berkenaan perlu melakukan persiapan untuk menghadapi fenomena perubahan iklim ketika suhu panas berterusan, lapor akhbar New York Post kelmarin.
“Portugal menjadi antara kawasan di dunia yang dijangka lebih teruk terjejas oleh haba melampau. Kita perlu lebih bersedia untuk berdepan tempoh suhu yang tinggi,” kata Graca Freitas yang merupakan ketua pihak berkuasa kesihatan Portugal, DGS.
Suhu di seluruh Portugal yang dilanda kemarau, melepasi 40 darjah Celsius minggu lepas. Walaupun bacaan termometer menurun sejak beberapa hari lalu, Freitas berkata, suhu musim panas kekal melepasi paras normal untuk tahun ini.
DGS sebelum ini melaporkan 238 kematian akibat bahana gelombang haba dari 7 hingga 13 Julai lalu. Akan tetapi Freitas berkata, jumlah kematian kini meningkat kepada 1,063 orang untuk tempoh sehingga 18 Julai lepas.
Suhu tinggi, kemarau berterusan dan pengurusan hutan yang lemah menjadi punca kepada sebilangan kebakaran hutan yang berlaku di seluruh Portugal pada tahun ini.
Selain Portugal, anggota-anggota bomba juga bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan di negara-negara selatan Eropah yang lain termasuk Sepanyol.
Penyelidik Fakulti Sains Universiti Lisbon, Carlos Antunes dalam satu temu bual berkata, data menunjukkan mereka yang berisiko tinggi mati akibat gelombang haba adalah orang tua.
Menurut beliau, jumlah kematian pada masa hadapan bergantung kepada langkah pencegahan yang diamalkan oleh orang ramai untuk melindungi diri mereka, bagaimana rumah jagaan menjaga penghuni mereka dan penyesuaian infrastruktur.
“Dengan perubahan iklim, jumlah kematian dijangka meningkat. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah di peringkat negara untuk meminimumkan kesannya,” kata Antunes. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|