View: 918|Reply: 12
|
[Tempatan]
Tahap bahagia Keluarga Malaysia berada pada skor 6.48/10.00
[Copy link]
|
|
Tahap bahagia Keluarga Malaysia berada pada skor 6.48
https://www.utusan.com.my/nasion ... ada-pada-skor-6-48/
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
22 Julai 2022, 3:25 pm
MOHD. Uzir Mahidin pada majlis pelancaran Laporan Indeks Kebahagian Rakyat Malaysia (MHI) 2021 di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA: Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 yang julung kali dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) meletakkan tahap bahagia Keluarga Malaysia pada skor 6.48 iaitu bahagia.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, MHI 2021 itu dibuat berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
Beliau berkata, MHI penting sebagai input dalam penilaian tahap kebahagiaan rakyat Malaysia di peringkat nasional dan negeri yang dapat digunakan dalam mencapai kemakmuran dan masyarakat yang inklusif.
“MHI 2021 ini juga selari dengan pendekatan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
“MHI 2021 juga dibuat berdasarkan 73 indikator dan kemudianya dirangkum dalam 13 komponen iaitu keluarga, perumahan dan alam sekitar, penyertaan sosial, kesihatan dan kemudahan komunikasi.
“Komponen lain diukur termasuk pendidikan, persekitaran kerja, pendapatan, keselamatan awam, penggunaan masa, amalan kerohanian, kebudayaan dan pengalaman emosi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Katanya, walaupun kajian itu dibuat dalam tempoh ancaman Covid-19 dan kesukaran ekonomi namun, skor MHI 2021 yang diperoleh agak relevan dan bersesuaian memandangkan skor diperoleh tidak jauh beza.
Mohd. Uzir berkata, tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 – 4.00 tidak bahagia; 4.01 – 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.
Menurutnya, rujukan utama yang digunakan dalam pelaksanaan survei ini adalah berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR), Human Development Index (HDI) dan OECD Guidelines on Measuring Subjective Well-being.
“Secara keseluruhan, kesemua 13 komponen adalah berada di tahap bahagia antara skor 6.04 hingga 7.23 di mana skor indeks tertinggi yang dicatatkan adalah komponen keluarga iaitu 7.23, diikuti komponen amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75). – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 23-7-2022 12:57 AM
okay , dia guna scale and then apa kaitan antara satu komponen petunjuk kebahagiaan dengan komponen yg lain ?
apa yg dikmaklumkan ialah skor dalam skala kebahagian mengikut komponen yg dinilai.
in sebenarnya tak bagi apa apa makna sangat , yg akan jadi lebih berguna dan bermakna dan bermanfaat bila data tu di 'make sense kan'.... kalau dia buat analisa statistik - korelasilah the basic kan , say , antara mean score kebahagian Versus Spiritual component ke.., atau komponen keluarga Versus X ke..then baru kata analisis yg membawa makna. kita dapat kaitakn lah perkaitan satu komponen and komponen yg lain tu , nilai dia berapa , tinggi ke tak and bentuk perkaitan tu secara berkadar langsung atau berkadar songsang . contohnya indeks kebahagian kekeluargaan mempunyai korelasi negatif dengan X ....maksudnya , semakin tinggi nilai kekeluaragan semakin kuranglah ... atau komponen yg X berkadar terus ( haiving one - to one relationship , directly proportionate) dengan komponen Y...gitu , so bolehlah org faham and making sense of the presented data.
Bagi kita, kita baca oh itu komponen so and so ke dinilai begitu okay , itu maksud ape ye , komponen ni 7.23 indeks kebahagiannya , i mean what does it mean ?to note the nilai individually dalam setiap komponen , adakah ia bermaknaaaa????
apa yg depa bagi descriptive stats bukan inferential stats yg buat pengoperasian pada data, hai kalau nak dimaklumkan pada pemberita make it lay man and make more meaningful lah ...buatlah regression and correlation. terangkanlah secara bhs mudah - baru public boleh kaitkan ohh ini maknanya , oh itu kaitannya ...ade perkaitan antara faktor X and Y ...so habaqlah kat public...ini data daripada public jugak , kan?
apa yg berlaku kat atas umpama , dapat set of data you habaq cuma skor komponen ni ialah ___, skor komponen C , adalah ____.
indeks tu diukur dalam skala sekian sekian...
hish , commonlah buatlah analisis yg membawa makna pada data tu , ini kat jabatan perangkaan kan, stats and census kot , mana pi prediction analisis atau penenu yg mana lebih jitu dalam menentu ukur kebahagiaan tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang2 buat survey ni selalunya tanya siapa..? kenapa aku tak pernah disurvey.?
kalau aku yang disurvei mungkin nilai skor akan menjunam sebab jawapan aku adalah 'sederhana bahagia' |
|
|
|
|
|
|
|
Akak jual air buah tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Mara Digital
Punah lingkup terlangkop haup |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Mara Digital
Punah lingkup terlangkop haup |
|
|
|
|
|
|
|
Saper dis tanya bila buat survey nih? Ok la tuh bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 22-7-2022 09:33 PM
okay , dia guna scale and then apa kaitan antara satu komponen petunjuk kebahagiaan dengan komponen ...
Level DR yg tak berair kheun diri ko ni.....uker musang berjanggut kot?
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Questionnaire gempak pon klu y jawab memain cmtu la end result dia. Lagi satu pernah ke korg jwb survey y diorg send kat email or whatsapp.. boleh bilang kot.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-7-2022 06:12 PM
pyropura replied at 23-7-2022 12:00 AM
Keluarga Mara Digital
Punah lingkup terlangkop haup
Yg sekor ni..nampak sgt JIWA KACAU... |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 23-7-2022 12:00 AM
Keluarga Mara Digital
Punah lingkup terlangkop haup
Yg sorang ni nampak sangat JIWANYA TAK TENTERAM... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat senang2 aku nak pircaya kajian di negara yg.PM nya klaim KPI menteri semua 90% |
|
|
|
|
|
|
| |
|