View: 3665|Reply: 56
|
[Tempatan]
Shila Amzah nafi laporan memiliki kekayaan USD$50 juta!
[Copy link]
|
|
Penyanyi Shila Amzah tampil menafikan dakwaan yang mengatakan kekayaannya kini mencecah US$50 juta atau lebih RM222 juta.
Perkara itu dikongsi Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 31, menerusi aplikasi soal jawab di Instagram miliknya.
Enggan berkongsi dengan lebih lanjut, Shila bagaimanapun membalas persoalan yang diajukan oleh peminatnya itu dengan jawapan yang cukup ringkas.
“Ishhh…. mustahil lah,” tulisnya.
Sebelum ini nilai kekayaan itu pernah dikongsi dan dicatatkam menerusi laman web Celebrity Net Worth pada tahun 2016.
Terdahulu, pada 2012, Shila pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China dengan hadiah kemenangan berjumlah RM2.5juta.
Shila juga pernah diberi bayaran sebanyak RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit.
Selain itu, ketika ditanya sama ada pernah atau tidak terfikir untuk berkahwin dengan orang yang lebih kaya agar tidak perlu bekerja, penyanyi itu bagaimanapun menjawab dia tidak memikirkan sangat tentang apa yang dimiliki bakal suaminya nanti.
“Kalau boleh, Sha tak nak fikir sangat apa yang lelaki itu ada. Sha kena kaya sendiri. Yang paling penting memang saya suka kerja keras untuk diri sendiri dan keluarga.
“Siapa pun bakal (suami) selepas ini, Sha tak pernah letak syarat yang dia harus kaya, tapi dia harus rajin,” jelasnya.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 22-7-2022 10:58 PM
Syabas Shilla |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya dia x teruskan kerjaya dia di China. Jika x, mesti laporan berita ni sahih |
|
|
|
|
|
|
|
Sheila Mambo tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya, kebiasaan orang melayu bila jumpa kawan lama, akan bertanya khabar dn kemudian 'berapa orang dah anak?'. Kita tak akan sama sekali tanya 'berapa banyak duit yg U ada'. Menanyakan berapa banyak duit seseorang sangatlah tidak etis. Tak manis jika kekayaan orang dipertanyakan kerana itu boleh menimbulkan persepsi atau fitnah di sebaliknya. Berapa pun yg dia ada tak perlulah ditanya. Takut nanti LHDN akan mengintai filenya. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 22-7-2022 11:28 PM
Biasanya, kebiasaan orang melayu bila jumpa kawan lama, akan bertanya khabar dn kemudian 'berapa or ...
Umur, harta dan hal dalam family kita tak boleh tanya orang menurut kata ustad (tok laki iols yg bagitau)
So iols memang mengelak daripada bertanya dan bercerita kat orang pasal 3 benda ni kalau sekadar nak sembang kosong
Kalau orang bercerita kita dengar je la |
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 23-7-2022 09:02 AM
Umur, harta dan hal dalam family kita tak boleh tanya orang menurut kata ustad (tok laki iols yg b ...
Baru tahu pasal nih. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus memasarkan ke china, artis lain setakat brunei indon jah, yuna pun bagus |
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 23-7-2022 09:02 AM
Umur, harta dan hal dalam family kita tak boleh tanya orang menurut kata ustad (tok laki iols yg b ...
Kalau org tu meninggal, kita takleh tanya waris dia umur arwah brp ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Untung bila sendiri dah kaya ko boleh dapat laki yang boleh membahagia tak perlu risau pasal siapa nak beli beras.
Dia suka lelaki rajin ja. Tak kaya tak apa. DDNK senyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 23-7-2022 09:02 AM
Umur, harta dan hal dalam family kita tak boleh tanya orang menurut kata ustad (tok laki iols yg b ...
Sounds like social etiquette ja ni. Ada dalam kitab ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap orang melayu ni kekadang tu terlalu lebih sangat nak ambik tau. Yg tak patut tanya pun dia nak tanya. Apakah kita tak boleh cakna untuk berfikir, bbukan semua hal yg boleh kita sibukkan, ada hal yg boleh ditanya dn ada hal yg tidak esp apb kita ni orang luar. Tanyalah diri kita sendiri, suka tak kalau orang tanyakan ttng kekayaan diri kita, berapa duit yg kita ada dlm bank? Suka? Tentu tak kan, maka jgn pula ape yg kita tak suka, kita sukakan pulak ke orang lain. Memasing orang ada privasi mereka sendiri, maka itu yg harus orang ramai mengerti dn hormati.
Tau orang banyak duit mulalah tanya "Engko bila nak pegi haji, ada bayar zakat tak, rajin sedeqah tak. Bila nak kawen?". Soalan begitu adalah hak peribadi dn yg boleh menyoal sedemikian ialah ahli waris, iaitu makayah, tok-nenek, adik-beradik dn bapa saudara. Bagi orang luar, sangatlah tidak kena untuk lebih2 bertanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah kaya itu membahagiakan? Berapa ramai kita baca berita orang kaya di M'sia ini, yg kaya tapi hidup dgn banyak masalah? Berapa ramai isteri yg tak bahagia sedangkan mereka tergolong bersuamikan yg kaya. Adakah kerana suami belikan beras, isteri sudah happy n bahagia. Bagaimana jika diketahui suami dia juga ada membeli beras untuk seseorang di bumbung yg lain?
Barangkali persepsi kaya itu harus ditukar kpd berupaya. Bila berupaya, bererti ada kudrat untuk mencari rezeki. Upaya harus menjadi kunci untuk mewujudkan kebahagiaan dlm keluarga tak kiralah bujangan atau ada anak-isteri. Bukan kaya yg diperhambat tetapi carilah rezeki yg membawa berkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmane org boleh nak kate die ase duit banyak tu... Die ade simpan kat mane2x bank oversea ka..? |
|
|
|
|
|
|
|
maybe dia ada simpan kat bank di China
kat sana market besar...kot2 la album dia laku keras kat sana...sekali persembangan dlm ratus2 ribu...
|
|
|
|
|
|
|
|
LHDN tgh mengintai2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ashilalat at 24-7-2022 09:08 AM
Bukan masa nak bercerai aritu, dia beli umah pon loan bersama dgn ex laki ke? Kalo kaya sgt smpai berjuta, perlu ke nak tunggu ex laki kena halau dari umah yg sekangkang kera kat cyberjaya tu?
Kalau aku duit berjuta, beli banyak rumah, dok je la umah mana2 aku ada, sementra tunggu laki bengap dia keluar. Lawan tetap lawan. Tapi x de la sampai kena merempat kat umah pakcik kat Hulu Langat sana kan?
So, aku rasa dia g China sana, bukan dapat kaut bayaran sgt pon. Dia pon jenis yg semusim je kat sana. Tgk sekarang. Menyembah balik reputz yg dia hina, sebab nak berkarya semula di tanah air yg dipandang rendah oleh Malaysian. Kat China dah x laku. Lain la ko Dimash. X menang kat China pon masih lebat dan laku merata dunia.
Mitos je dia popular kat China sana. Zaman dlu² Fauziah Latiff pon penah ada album kat China. Liza Hanim pon penah menang pertandingan kat Shanghai. Cuma x hype je.
Mentaliti org melayu, asal ke luar negara je, hebat la tu. Kalau takat kat tanah air dan nusantara je, jaguh kampung. Padahal yg pi obersea sana serupa bangla keje kat malaysia je.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-7-2022 03:09 AM
Sikap orang melayu ni kekadang tu terlalu lebih sangat nak ambik tau. Yg tak patut tanya pun d ...
Yg menyampah tny potong zakat n sedekah.. Pastu cite dia buat sedekah subuh sedekah jemaat.. Zakat itu zakat ini... Pastu ak ckp sedekah rahsia mn blh ckp |
|
|
|
|
|
|
| |
|