CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 11

[Tempatan] Rumah teres hanya berharga purata sekitar RM180 ribu. Harga rumah di Melaka kekal paling rendah di Malaysia

[Copy link]
Post time 23-7-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata purata harga semua rumah di Melaka ialah RM206,262 manakala harga rumah teres pula ialah RM181,428 untuk tempoh yang sama. - Foto Facebook/Sulaiman Md Ali

MELAKA: Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata manakala purata harga semua rumah di negeri ini ialah RM206,262 manakala harga rumah teres pula ialah RM181,428 untuk tempoh yang sama.

"Sehingga kini juga terdapat sebanyak 211,049 unit kediaman semasa di negeri ini, 21,511 unit dalam pembangunan dan 11,768 unit dalam perancangan

Bagi unjuran keperluan sehingga tahun 2030, kerajaan negeri menyasarkan 88 peratus pemilikan rumah daripada isi rumah meliputi 244,508 unit dan setakat ini peratusan pemilikan rumah di Melaka ialah 83.5 peratus, " katanya kepada pemberita di Peringgit di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Melaka (MAPEX) 2022 yang turut dihadiri Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata berikutan harga bahan binaan yang telah meningkat hampir 40 peratus sejak tahun lepas ia dijangka memberi kesan secara langsung kepada kenaikan harga rumah pada masa akan datang.

Sementara itu beliau berkata ekspo anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka yang berlangsung 19 hingga 24 Julai itu turut disertai PR1MA dan 22 pemaju perumahan swasta tempatan yang mempromosikan sebanyak 40 projek pembangunan perumahan di negeri ini.

"Ini merupakan satu platform terbaik kepada pembeli untuk memilih, membeli dan memiliki rumah dan hartanah idaman berdasarkan kemampuan dan cita rasa masing-masing.

"Saya harap ekspo MAPEX 2022 kali ini mencapai objektif yang disasarkan sekali gus memberi impak positif dalam merancakkan ekonomi sektor perumahan di Melaka," katanya.

Katanya dengan kerjasama kerajaan dan REHDA Melaka telah mencatatkan transaksi penjualan rumah sebanyak 7,165 unit rumah bernilai RM3.48 bilion menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 dan HOC 2020/2021 di negeri ini.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru nama karen isu kannn
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun ramai berebut2 nak datang kerja kat lembah klang. Lepas tu merungut kos sara hidup mahal, barang mahal, harga rumah mahal. Padahal semuanya berbalik pada pilihan hidup masing2. Kalau nak sgt cara hidup bandar hadap je la kos hidup kat bandar2. Nak murah cari je pekerjaan kat kampung2, hidup cara orang kampung. Bukan semua benda nak salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 03:14 PM | Show all posts
Untung siapa yang dapat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak Asam pedas tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi mahal rumah kat negeri sembilan yang takde tarikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 10:40 PM | Show all posts
tahanie replied at 24-7-2022 10:28 PM
Lagi mahal rumah kat negeri sembilan yang takde tarikan

Orang kerja di KL menetap di NS


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
blh la pakat2 hijrah ke melaka plak pasni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ingat nakan kat Melaka ni murah? Lagi cekik darah. Lg pun 0eniaga cakap kasau2. Mm terus ko tak lalu nak makan nanti....  Lagipun diorg bagi alasan, tu bukan marah.... Geraaaammmm je....  Dah tayah la korang menyumbangkan jem yang dah sediakan jem ni.... Bawak mai roti je kalu nk d9k Mlaka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dan tanah kat melaka mmg murah. Sbb tk de kayangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu sebab, takde speculator.
Underrated location ni baguih sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab takde orang nak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047320 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list