View: 6532|Reply: 112
|
[Tempatan]
IOI City Mall bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia
[Copy link]
|
|
IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan. -ioicitymall.com.my
KUALA LUMPUR: IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.
Dengan kedudukan strategiknya di IOI Resort City, ia menikmati potensi tumpuan 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.
ADVERTISING
Dengan pembukaan Fasa 2, IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati pencinta gastronomi.
Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan hari ini berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih (NLA), menjadikan jumlah NLA IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.
"Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan," katanya.
Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.
Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan "IOI Grand Exhibition and Convention Centre", sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jauh nak berjalan dalam mall yang besar-besar ni, tapi bagus untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Alamanda masih kurang pengunjung nanti. Senang nak shoping |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 23-7-2022 12:07 PM
Shopping mall yg sentiasa penuh manusia tak kira awal bulan ke tgh bulan ke apatah lg cuti sekolah.
Berpusu2 manusia tak kira masa dan ketika.
Iols kalau nak g sini biasa pi hari biasa, tu pun ramai je orang.
Kalau nk g hujung minggu kul 10 dh sampai pastu sblm kul 1pm dah balik.Masalahnya sedara mara kalau dtg umah iols mesti nak ajak g sini kita plak mmg malas kalau nk g kalau tgh waktu puncak. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg best sgt pun tak tau, dah la kedai makan semua mahal2, parking pun mahal |
|
|
|
|
|
|
|
alamanda tempat fav acik2 gomen untuk sextiviti cikcuran tu lebih besar ke sisthur? atau sebelah2 sajork dengan ioi ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak aman gi alamanda...tp kurang sikit la kedai... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 23-7-2022 12:55 PM
totokreturn. replied at 23-7-2022 12:16 PM
apa yg best sgt pun tak tau, dah la kedai makan semua mahal2, parking pun mahal
Bangla n nepal lak tu yg masak food court |
|
|
|
|
|
|
|
Besarnya, tak tercapai matlamat nak membeli barang, kedai tak sampai, kaki dah penat. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 23-7-2022 12:23 PM
alamanda tempat fav acik2 gomen untuk sextiviti cikcuran tu lebih besar ke sisthur? atau sebelah2 ...
Alamanda tu secoet ja in comparison tapi cukup serba serbi - Parkson, cold storage, GSC, Starbuck, seoul garden, Manhattan, bowling apa lagi acik gomen mau. Well maintained sebab under KLCC cuma aircond ja tak sesejuk salji macam Suria lah gitu aku complaint. |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 23-7-2022 12:50 PM
Bangla n nepal lak tu yg masak food court
Penah sekali iols gi ioi city mall sblm zmn covid dulu.. byk kedai mkn limitkan bagi customer masuk..bila tanya rupanya xde pekerja sbb imegresen rush dorg amik pekerja asing..pekerja asing kan takleh kerja bidan F&B. Nepal dan bangla la tu . |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi public transport menyedihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pergi IOI city mall, i akan pergi weekdays je. Balik kerja singgah kejap. Terus pergi tempat dituju dan balik.. memang takda lah nak round2. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-7-2022 01:30 PM
Tapi public transport menyedihkan.
Tunggulah MRT siap nanti adalah shuttle kot. Banyakkan berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg besar.. yang sedia ada pun besar sangat dah.. malas nak tawaf semua buang masa je... just gi tpt yang dah aim je...
Klcc pun tengah expand sampai masjid syakirin tu.. jadi longest mall in asean kata nyehhh |
|
|
|
|
|
|
|
dahsiapke masjid as syakkirin tu, sejak 2013 dok korek korek dah habis dah ke? i belum sempat tengok masjid tu since 2013 sebab depa buat hotel sebelah tu..and i rasa hotel tu kacau daun lah you...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bior lah
Iols biasa kalau shopping mall neh suka ke kedai buku n kedai unik2 cm typo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru pegi skali |
|
|
|
|
|
|
| |
|