|
PANDELELA RINONG
PETALING JAYA: Tidak mendapat penyertaan yang cukup punca acara terjun wanita dikeluarkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) dan keputusan itu tidak bermotifkan politik.
Itu penegasan sumber dalaman Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang menjawab dakwaan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong bahawa acara wanita dikeluarkan dari Sukma 2022 gara-gara politik.
“Amat menyedihkan apabila mendapat tahu tiada acara terjun bagi rakan-rakan penerjun saya (perempuan) di Sukma tahun ini akibat alasan politik.
“Para penerjun muda pastinya kecewa (dengan keputusan ini),” tulis Pandelela di Twitter semalam.
PETIKAN Twitter Pandelela Rinong.
Menurut sumber KBS, keputusan menggugurkan acara itu sudah dibuat awal bulan lalu, malah perkara itu juga sudah dijelaskan kepada pemenang pingat perak Olimpik 2016 itu.
Jelasnya, syarat utama untuk sesuatu acara dipertandingkan dalam Sukma adalah menerima sekurang-kurangnya pendaftaran enam kontinjen, namun perkara tersebut tidak berlaku dalam beberapa acara terjun.
Katanya, sekretariat menerima pendaftaran kurang daripada enam negeri untuk acara terjun wanita.
Jelas sumber itu, keputusan menggugurkan acara terjun wanita dibuat sebulat suara melibatkan 14 exco negeri, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), termasuk KBS berikutan tidak memenuhi syarat minimum penyertaan.
“Pandelela sudah dimaklumkan mengenai perkara itu,” kata sumber berkenaan.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ukan-sebab-politik/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|