View: 1261|Reply: 17
|
[Tempatan]
Hampir RM1 juta dibelanjakan bagi lawatan 4 menteri duta khas
[Copy link]
|
|
Hampir RM1 juta dibelanjakan bagi lawatan 4 duta khas
Suzalina Halid
[email protected]
July 22, 2022 @ 2:44pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta bagi tujuan lawatan rasmi dalam dan luar negara oleh empat Utusan Khas Perdana Menteri, sejak 2020 hingga Jun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata perbelanjaan sebanyak RM923,455.10 itu turut membabitkan pelaksanaan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Beliau berkata, empat utusan khas itu juga berfungsi menarik pelaburan ke dalam negara melalui lawatan rasmi ke luar negara.
Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memperkukuhkan sektor ekonomi negara khususnya dalam tempoh fasa peralihan ke endemik COVID-19.
"Segala usaha kerajaan ini demi untuk memastikan rakyat Keluarga Malaysia akan terus menikmati hasil pembangunan negara.
"Usaha ini didukung dengan tindakan Kerajaan yang terus berusaha memperkukuhkan asas-asas ekonomi negara melalui pelaksanaan dasar yang terbuka dan telus.
"Langkah ini turut disumbangkan oleh Utusan Khas Perdana Menteri yang berfungsi antara lain untuk menarik pelaburan ke dalam negara," katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang meminta kerajaan menyatakan kerja yang dilakukan
oleh setiap duta khas Perdana Menteri secara terperinci mengikut pecahan tajuk urusan kerja, tarikh dan perbelanjaan pada tahun 2020, 2021 dan 2022.
Abd Latiff berkata, Utusan Khas Perdana Menteri sentiasa proaktif dan mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan beberapa Duta dan Kuasa Usaha Sementara (CDA) kepada beberapa negara luar.
Beliau berkata, ia adalah bagi mendapatkan maklum balas langsung dan mengeratkan hubungan dua hala membabitkan kerjasama dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melantik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Barat; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan; Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing (China) dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem (Asia Timur).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
YA Allah peliharakan negara ku ini |
|
|
|
|
|
|
|
YA Allah peliharakan negara ku ini |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat disuruh berjimat ye! Bagai ketam mengajar anaknya berjalan! |
|
|
|
|
|
|
|
Belanjan rm200k yg lain masuk poket
|
|
|
|
|
|
|
|
pokemon duta lanjiao ni..... duit dapat apa semua dapat, apa hasil nya?
kurang2 update korang buat utk student malaysia kt sana ker, ada jalin kerjasama antara universiti kat negara tu ker..tak pun tarik pelaburan ke...
ini habuk pun tarak |
|
|
|
|
|
|
|
sampah betul la..tak nampak pun hasil..
When you appoint trash, you get trash.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Tun M berkuasa semua bising
termasuk si kapir |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku yang bodo tu cakap, apa nak bising, rezeki masing2 jadi menteri.. jangan dengki .. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bawak rombongan cik kiah sekali.. then soping2 pun masuk claim kut
aleeee uto... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 27-7-2022 11:52 AM
kos bayar gaji menteri juta2 pakai duit taxpayers tapi dah berapa billion pelaburan masuk sejak menteri2 gaji buta tu dilantik jadi duta???
|
|
|
|
|
|
|
|
kann..
Lagipun dorg ni bukan pilihan iols..semak je jdi menteri.
terbukti mende ni jadi bila dorg jadi menteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 26-7-2022 11:01 AM
Teringat another pepatah..
If you pay peanuts, you get monkeys...
Because those monkeys have peanut-size brains zets why sedeh. |
|
|
|
|
|
|
|
yenil95 replied at 27-7-2022 01:25 PM
kann..
Lagipun dorg ni bukan pilihan iols..semak je jdi menteri.
Exactly sis.. bukan pilihan kita pun, tp asik2 duk naik monyet2 jah.. pelik mcm ke takde org elok2 sikit naik jadi calon pemimpin |
|
|
|
|
|
|
| |
|