CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2808|Reply: 18

[Jenayah] Rasuah RM24 juta: Bekas CEO bank bergelar Datuk direman SPRM

[Copy link]
Post time 23-7-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan. - Foto SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman lebih RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.
Suspek lelaki berusia lingkungan 50an itu merupakan suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.

Majistret R. Prabakaran telah membenarkan suspek keempat tersebut direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 25 Julai 2022 setelah pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.
Di mahkamah sama, Majistret turut membenarkan suspek CEO wanita tersebut disambung reman selama tiga hari bermula hari ini manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan wang jaminan RM15,000 setiap seorang.

Menurut sumber, bekas CEO lelaki berkenaan telah ditahan di rumahnya di Ipoh semalam (22 Julai) kira-kira jam 4 petang.

Dalam pada itu, sumber sama berkata, setakat ini pasukan siasatan dikatakan telah berjaya mendapatkan kembali hampir keseluruhan wang berjumlah RM24 juta tersebut hasil sitaan wang serta aset walaupun kegiatan tersebut berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
Katanya, difahamkan pihak SPRM telah membekukan sebanyak 22 akaun bank milik individu dan syarikat berjumlah kira-kira RM6.3 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini.

"Pasukan siasatan juga dikatakan telah berjaya mengesan wang milik suspek utama yang disimpan di negara jiran berjumlah kira-kira RM16.3 juta," ujar sumber.
Kata sumber lagi, kesemua wang berjumlah RM22.6 juta telah dibekukan untuk tindakan selanjutnya dan operasi ini masih giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

Tambah sumber, wang tersebut berjaya dikesan setelah pasukan siasatan melakukan analisa data menjejak aset.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 04:12 PM | Show all posts
Ni yg Kes bank pembangunan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank pembangunan ke.. adik najib chairman kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato zaref ex MD bank pembangunan baru je meninggal ..aku baca kat fb..meninggal kat london
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia.....
Kes 10thn dulu.....mcm bangkit dari kuburan...
Dia ingat dah lepas dah, tetiba kena tido dlm lokap...sempat kawin baru tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 05:57 PM | Show all posts
Orang korporat ni ko reveal nama pun tak sensasi, bukannya terkenal pun. Lain lah artis masak apa tak jadi hari ini pun acik2 risau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan lama pun. 10 tahun jer kau gelek2. Masuk jel klu sakit nak jumpa doktor pun susah. Jawab lah tahan sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 09:36 PM | Show all posts
24 juta mkn ramai dh 10 tahun x abis2 lg....ahh lantak ko lh setiap mlm mimpi ngeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 10:16 PM | Show all posts
skandal bank pembangnan ni total rm1.5 biliyun gaiss.. ni salah satu je kut... , ni from rapiji romlee.. meols tempek yach...  yg no 2 tu meols folo la jughekk .. aman2 jah salah sorang yg pakai baju oren itew... lepas bergari, senyap sekejap.. skang muka ada senyummm .. apa jampi heols pakai daa...

https://malaysiapost.com.my/2022 ... n-bank-pembangunan/



1) Pinjaman RM400 juta yang diluluskan dalam tahun 2012 kepada Aries Telecoms (M) Bhd

2) Ambil alih Syarikat Borcos Shipping Sdn Bhd melibatkan dana berjumlah RM337 juta. Syarikat itu jatuh muflis hujung tahun 2017.

3) Pinjaman berjumlah RM450 juta kepada Asian Broadcasting Network (ABN) untuk melancarkan stesen TV berbayar. ABN ialah syarikat milik Kenneth Eswaran

4) Pinjaman berjumlah RM305 juta kepada Nautical Resort Sdn Bhd dan Garuda Suci Sdn Bhd, dua syarikat milik Tan Sri Peter Sondakh

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ex manager bank tempat kakak iols penah keje dulu, ada kes pecah amanah juga..laki dia pun sama membantu yach, xleh blah..ada gak masuk berita kecik2 dlm sokkabar dulu..tapi hujung2, lepas je sheols laki bini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatla.. Yg memberi.. Yg menerima harusss beringatt..  Makan duit haroomm
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Korap sana sini... x takut mati ke gang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sonang hidup mereka ni beribu berpuluh juta
Pun susah nak tangkap yg kena tangkap selalunys
Ikan bilis dan ikan tamban je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu risau jika bersalah sekalipun kau akan tetap dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:02 PM | Show all posts
ada lagi ke orang percaya akan kredibiliti spr*, sister? hari ni tangkap, kejap lagi lepaslah. nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kaya raya kebanyakan org malaysia ni. rasuah saje juta2. campur gaji kerja hakiki, side income sana sini...fuhhhhhhh golek2 atas duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kesalahan sbb amek untung 'atas angin'- komisen drpd dpt loan tu, tp klu jenis dh nilai betul2, sekali yg dpt loan tu mmg x pandai manage bisnes. Tu lain citer. Janji ko jgn pecah amanah. Gaji ko dh ada, xyah sibuk2 nk ada komisen 'atas angin' . Tu dh mkn '2x' gaji. Ko dpt gaji bank, pastu ko dpt komisen dr dpt loan ( org dpt loan take out sikit dari loan yg dia dpt).
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:39 PM | Show all posts
banker2  ni pun mmg kuat makan jugak, setakat nak supply job bagi pejabat lawyer buat snp pun kena dpt habuan jugak kena disuap bagaiii huh dah teruk sgt negara kita ni. Kalau kalal tu tunggu masa jah karam dilautan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
MD yg baru meninggal tu pun join that company kan..mmg dorang ni niat nak tipu bank je...sbb fund tu dorang transfer ke sana ke mari masuk mcm2 co..stakat 24m tu xde hal la kot..sbb mmg bukan nak guna utk biz pun..berbahagi habuan sesama sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053119 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list