View: 959|Reply: 5
|
[Dunia]
Hentikan mainan politik, Malaysia bankrap jika tuntutan waris Sulu berjaya
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Malaysia berdepan risiko bankrap sekiranya tuntutan dibuat waris Kesultanan Sulu sebanyak RM62.59 bilion (AS$14.92 bilion) terhadap Sabah berjaya.
Justeru, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan, pendekatan politik sempit tidak boleh diambil apabila berdepan ancaman kedaulatan wilayah, sebaliknya semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang perlu bersatu mendepaninya.
“Isu ini sekarang bukan isu meriam, senapang dan peluru. Ia kini sudah jadi isu perundangan antarabangsa dan ancaman waris Kesultanan Sulu adalah ugutan yang nyata, bukan diada-adakan.
“Daripada isu wilayah berjiran, Malaysia dan Filipina, kini isu tuntutan tersebut telah menjadi isu global dan antarabangsa. Kedaulatan Malaysia sekarang sudah jadi buah mulut dan dijaja di tribunal timbang tara dan mahkamah antarabangsa di Eropah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh berhujah kepada dunia bahawa hal itu bukan kesalahan mereka dan hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu.
“Begitu juga mantan-mantan Perdana Menteri dan menteri-menteri PH tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka dan berkata hal itu kecuaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN yang terdahulu.
“Undang-undang pentadbiran dalam Malaysia dan di pentas antarabangsa tidak beroperasi sedemikian. Tanggungjawab kerajaan Malaysia terhadap komitmen dalam negeri dan di peringkat antarabangsa adalah berterusan, tidak terhenti-henti. Apa juga keputusan yang dibuat atau yang ditinggalkan dari dibuat (omission), dipikul kesannya oleh kerajaan-kerajaaan yang berikutnya,” tegasnya.
Menurutnya, tindakan menyalahkan bekas Perdana Menteri tidak akan membantu usaha Malaysia mencabar keputusan tribunal timbang tara di Mahkamah Perancis.
“Begitu juga bagi golongan yang anti-PH yang berusaha menyalahkan Peguam Negara kerajaan PH, Tommy Thomas kerana mengirim surat kepada peguam waris Kesultanan Sulu yang boleh dianggap sebagai pengiktirafan terhadap kesahihan tuntutan Kesultanan Sulu.
“Mungkin juga ada asasnya sama seperti ada asasnya menyalahkan Najib Razak kerana memberhentikan pembayaran kepada Waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013 selepas berlakunya pencerobohan di Timur Sabah oleh tentera waris Kesultanan Sulu. Jika ada laporan polis hendak dibuat terhadap Tommy Thomas dan Najib Razak boleh sahaja dilakukan,” katanya sambil berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan Kabinetnya perlu memikul tanggungjawab di barisan hadapan untuk menghadapi tuntutan tersebut di peringkat antarabangsa.
Beliau turut berharap Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara membenarkan sebarang usul tuntutan itu dibahaskan di kedua-dua institusi penggubal undang-undang berkenaan.
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/malaysia-bankrap-jika-tuntutan-waris-sulu-berjaya/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku betul2 harap sapa2 buat laporan polis kat Tommy Thomas ... lepas tu semua akan terburai
BTW ... korang asyik tengok konon nya surat bodoh tersebut ikut versi Pok Jib(yg kalah rayuan tu)
Sapa2 ada baca dengan penuh surat tersebut? Ni dia mukasurat 3 & 4
Baca betul2 poin 8. Sebelum 2011 , zaman Pok Jib(yg kalah rayuan tu) jadik PM , RM5300 tu dibayar ke peguam geng Sulu - Ulka T Ulama
Pada & lepas 2011 , RM5300 tersebut dibayar direct ke geng Sulu (ada complaint lambat & kena bayar kos peguam) ... konfom atas konfom Malaysia dengan PM Pok Jib(yg kalah rayuan tu) gila2 iktiraf geng sulu
Baca poin 11 & 12 - kalo ikut perjanjian sambung balik bayar bermakna tak ada lagi perbalahan , tak ada asas geng sulu nak ke mahkamah timbangtara
Sambung balik bayaran bermakna perjanjian tak lagi dicantas - kes dah setel tapi bukan bermakna iktiraf otoriti mahkamah kat Sepanyol
Tommy Thomas (pastu disambung oleh geng dari kamar AG pasal PH dah jatuh) bawak kes ni ke Mahkamah Tinggi Sabah
Apa terjadik? Ni dia :
“On June 29, 2021, at the government’s request, the Superior Court of Justice in Madrid, Spain, revoked Stampa’s appointment as arbitrator. All his actions and decisions are now null and void.
“The Madrid court on Oct 13, 2021, ruled that the Partial Award on Jurisdiction issued by Stampa dated May 25, 2021 is null and void,” he said. Kalo Tommy Thomas boleh & berjaya buat sedemikian - pasal apa AG dari kerajaan party asobiyyah / BN tak mampu buat apa2 bila sulu & geng lari ke mahkamah antarabangsa timbangtara Paris?
Isu & dokumen adalah sama ....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ni dia peguam muda yang ada akai
Paling kureng dia paham isu & kandungan kononnya surat bodoh Tommy Thomas
Hanya macai2 totok party asobiyyah & pentaksub2 tegar Pok Jib(yg kalah rayuan tu) aje agak bebal - tak paham2
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mat Sakau 1MDubor tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Bayar jela rm48k++ tu..kan dah Suh balas surat dgn details bank semua.
Dah kalau semua benda di politikkan, memang hancus la. Tak salah la lukisan binatang-binatang dlm dewan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh berhujah kepada dunia bahawa hal itu bukan kesalahan mereka dan hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu
apa punya childishlah kalau pemikiran macam tu like the outside world cares
|
|
|
|
|
|
|
| |
|