CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 5

Doktor Buntu Tak Dapat Kesan Sakit Misteri, Budak Lelaki Muntah Setiap Lima Minit

[Copy link]
Post time 24-7-2022 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Perasaan sedih dalam hati, tiada siapa mampu mengerti.


Begitulah kisahnya mengenai wanita ini yang tidak mampu melihat anak lelakinya menderita penyakit Cyclical Vomiting Syndrome (CVS).


Menurut Julie dari Edinburgh, anaknya Josh Wright, 13, akan muntah setiap lima minit, menyebabkan dia berada dalam keadaan yang sangat lemah.


Foto: Daily Star




Remaja itu kerap dimasukkan ke hospital kerana sering muntah darah dan tidak boleh bercakap kerana pengumpulan air liur, lapor Daily Record.


Doktor gagal mengesan punca sindrom itu sekaligus menyebabkan Julie bimbang tentang masa depan anaknya.


Julie turut berharap dia suatu hari nanti akan sembuh daripada penyakit itu.


"Ia adalah keadaan yang jarang berlaku, jadi sangat sukar untuk mendapatkan diagnosis. Kami diberitahu bahawa tiada penawar.


"Dia telah mencuba pelbagai jenis ubat tetapi tiada apa yang berkesan. Rasanya tidak pernah berakhir. Dia sering bertanya, mengapa saya?


"Mengapa saya mempunyai penyakit ini dan kanak-kanak lain tidak? Saya dapat melihat kesedihan dalam matanya," kata Julie.


Tambah wanita itu, mereka terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon kerana anaknya sukar untuk bercakap secara normal.


"Dia mempunyai air liur yang berlebihan dan tidak boleh bercakap sehingga dua hari. Sampai tahap dia muntah darah.


"Semasa dia tidak boleh bercakap, kami akan menggunakan nota pada telefonnya untuk berkomunikasi dan dia akan menaip saya sedih," ujar Julie lagi. - CARI


Sumber: mStar/Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya dia. macam manalah nak hidup dengan bebas kan? bam jeri tunjuk gambar jera kat dia ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
uori: siannya dia. macam manalah nak ...

Mcm mana dah kisah merpati 4beji joli tu. Aku cari thread yg ada muka real jera tu dah tak ada nampaknya. Ka aku malas mencari hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:38 PM | Show all posts
matbad replied at 24-7-2022 10:34 PM
Mcm mana dah kisah merpati 4beji joli tu. Aku cari thread yg ada muka real jera tu dah tak ada namp ...

ada je. arini lupa pulak nak cek in upkan thread. geram kat melodi sebab sampai ke sudah tak cover kes nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 24-7-2022 10:38 PM
ada je. arini lupa pulak nak cek in upkan thread. geram kat melodi sebab sampai ke sudah tak cover ...

Wartawan melodi tak ada dlm ni ka apa? Malu la tu forumer cari yg dpt bingo bkn dorang haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 02:29 AM | Show all posts
Smoga cpat smbuh adik ni, x kira lh wlaupn bukn Muslim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047435 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list