|
TIMBALAN Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel, Monteiro Gerard Claire ketika memantau latihan skuad tinju negara di Nilai, bulan lalu.
PETALING JAYA: Persatuan Tinju Malaysia (PTM) meletakkan sasaran realistik untuk dua petinju negara yang bakal membuat penampilan sulung dalam Sukan Komanwel bermula 28 Julai ini, iaitu Muhammad Imdad Ahmad Shaharom (bantamweight) dan Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin (flyweight) untuk mara ke separuh akhir.
Sekali imbas, ia seperti sasaran selamat, namun hakikatnya Malaysia sudah kempunan meraih pingat acara tinju sejak kali terakhir Zamzai Azizi Mohammad meraih gangsa kategori flyweight pada temasya Manchester 2002.
Langkah Azizi tersekat di separuh akhir kepada wakil tuan rumah, Darran Langley, dan itu juga edisi terakhir kelibat petinju negara mara ke pentas separuh akhir.
Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin
“Di Sukan Komanwel kali ini, dua atlet tersebut (Qaiyum dan Imdad) akan ke sana sebagai medan pendedahan memandangkan mereka masih lagi berusia 21 tahun.
“Saya jangkakan jika mereka berdua mampu mara ke separuh akhir, itu sudah menjadi satu kejayaan besar, sekiranya mara ke final, itu pula bonus.
“Dalam sukan tinju ini, kita tidak boleh letakkan sasaran terlalu rendah, kerana mereka berdua sudah berlatih bersungguh-sungguh untuk hadapi temasya sukan kali ini,” jelas Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkifli yang menghantar dua petinju ini berkelana ke Thailand selama sebulan untuk latihan intensif.
Empat tahun lalu, PTM tidak menghantar wakil menyertai Sukan Komanwel Gold Coast 2018 memandangkan sandaran utama, Ahmad Fuad Redzuan mengalami keretakan tulang pipi dan slot itu diberikan kepada sukan lain.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -di-sukan-komanwel/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|