CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 2

[Tempatan] Kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) kini kembali jadi tumpuan, petugas dedahkan ada pengunjung memiliki RM12,000 tidak dituntut

[Copy link]
Post time 24-7-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
'Ramai terkejut dapat tahu miliki wang tidak dituntut'
Bernama
Diterbitkan:  Jul 24, 2022 11:33 AM

Dikemaskini: 11:33 AM

Seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) yang disediakan sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu.

Menurut Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan Nur Anis Sahibudin, senario itu antara 'kisah' menarik sepanjang dua hari kaunter tersebut beroperasi sejak Jumaat.

"Setakat semalam, sudah 1,273 orang datang membuat pemeriksaan di kaunter ini. Rata-rata kelihatan terkejut kerana tidak tahu memiliki wang yang tidak dituntut.

"Kaunter pemeriksaan yang disediakan ini secara tidak langsung peluang serta kesedaran selain memudahkan pengunjung membuat pemeriksaan sekiranya mereka ada wang yang tidak dituntut, hanya beri kad pengenalan petugas akan membantu membuat pemeriksaan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Nur Anis berkata selain di kaunter, orang ramai juga boleh membuat semakan WTD menerusi portal eGUMIS.

Seorang pengunjung Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi, 40, berkata beliau mengetahui mengenai wang yang tidak dituntut namun tiada masa untuk membuat pemeriksaan.

"Saya periksa tadi ada wang tidak dituntut di dalam sebuah bank berjumlah lebih RM500, mungkin baki tu dari sewaktu zaman belajar dulu...lama sangat memang tak ingat langsung.

"Baguslah ada perkhidmatan sebegini di program Jelajah AKM Kelantan," katanya.

Jelajah AKM Kelantan yang bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

-Bernama

sumber: malaysiakini.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
e-NGEMIS tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
My family ada a few 2 ribu ke bawah...dah lama check tapi tak tuntut2 lagi. I sekadar bawah seratus memang malas lah nak tuntut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.142480 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list