PETALING JAYA: Malang nasib seorang peniaga apabila
ditumbuk bekas suami dalam kejadian di Taman Melor, Ampang di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, mangsa berusia 47 tahun cedera di bahagian rahang kanan, kepala dan tengkuk.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku apabila mangsa tiba di rumah mendapati pintu pagar rumah telah dicabutkan.
Katanya, Setelah pemeriksaan di dalam rumah dijalankan dapati rumah dalam keadaan berselera dan dimaklumkan anaknya bahawa bekas suami berada di dalam rumah.
“Berlaku pergaduhan dan pengadu telah ditumbuk oleh suspek sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Susulan itu, menurutnya, pihak polis telah menahan seorang penganggur berusia 57 tahun, penganggur di tempat kejadian.
Jelasnya, pihaknya turut menemukan 3 peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dalam milikan suspek.
“Hasi ujian air kencing ke atas dapati suspek positif dadah jenis THC dan mempunyai sembilan rekod lampau melibatkan kes dadah.
“Punca kejadian kerana tidak berpuas hati apabila suspek tidak dapat berjumpa dengan anak. Siasatan lanjut mendapati lokasi kejadian merupakan kediaman milik suspek dan dia mempunyai kunci rumah.
“Suspek direman selama empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-
UTUSAN