View: 1061|Reply: 8
|
[Dunia]
Pramugara temui kepala ular dalam makanan ketika penerbangan
[Copy link]
|
|
Pramugara temui kepala ular dalam makanan ketika penerbangan
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ketika-penerbangan/
Oleh KOSMO!
25 Julai 2022, 8:20 am
Kru penerbangan tersebut terkejut apabila menemui kepala ular dalam keadaan seperti sedang merenung tajam arahnya. – YouTube/Newspaper Wall
ANTALYA, TURKI – Pramugara sebuah syarikat penerbangan tambang murah Turki terkejut apabila menemui kepala ular dalam makanan untuk dihidangkan kepada penumpang pada Khamis lalu, lapor akhbar The Sun.
Kru kabin penerbangan SunExpress merakam imej tersebut dan memuat naiknya di internet.
Kejadian semasa penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, Jerman itu disedari apabila kakitangan tersebut membuka bungkusan makanan dalam penerbangan.
Dia terkejut menemui kepala ular dalam keadaan seperti sedang merenung tajam ke arahnya.
Media tempatan, Bolge Gundem melaporkan bahawa dakwaan tersebut mendorong kru kabin lain mengadu mengenai keadaan makanan teruk yang diterima oleh SunExpress.
Sebelum ini, kru penerbangan pernah menemui kumbang dan siput babi dalam makanan penumpang.
SunExpress yang berpangkalan di Antalya dalam satu kenyataan berkata, perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.
“Adalah keutamaan kami untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada penumpang dan pengalaman penerbangan yang selamat buat kakitangan SunExpress.
“Dakwaan mengenai keadaan makanan seperti dilaporkan media adalah tidak boleh diterima, justeru, siasatan terperinci akan dilakukan,” demikian menurut kenyataan SunExpress.
Dalam pada itu, syarikat katering yang menyediakan makanan tersebut, Sancak Inflight Services mendakwa bahawa hidangannya dimasak pada suhu 280 darjah Celsius dan menafikan insiden itu berlaku di dapur kendaliannya.
“SunExpress merupakan pelanggan kami yang amat bernilai.
“Kami tidak menggunakan sebarang objek asing yang tidak sepatutnya semasa proses memasak,” kata kenyataan itu.
Syarikat berkenaan turut mendakwa bahawa kepala ular itu telah dimasukkan ke dalam makanan pada satu tarikh kemudian. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Makan la benda benda merepek camtu..jap lagi bukan kovid dah serang...macam macam penyakit crlaka timbul dek perangai metangkedarah hudoh ni |
|
|
|
|
|
|
|
macam sengaja dibubuh (assuming this story is true)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini ular yang lebih besar!
|
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 25-7-2022 01:16 PM
Makan la benda benda merepek camtu..jap lagi bukan kovid dah serang...macam macam penyakit crlaka ti ...
1. Sorry sister tapi aku tak percaya lansung kelawar punca Covid.
2. Bangsa Jepun yang makan macam2 termasuk orang tu jangka hayat hidup lebih lama dari Melayu sister. Fact. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 25-7-2022 03:34 PM
macam sengaja dibubuh (assuming this story is true)
Memang pun (*saya penuh confidence).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|