CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 2

[Politik] Politik huru-hara sebab Anwar? soal Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Politik huru-hara sebab Anwar?

https://www.utusan.com.my/rencan ... u-hara-sebab-anwar/

Oleh Meja Rencana
25 Julai 2022, 9:00 am


DR. Mahathir Mohamad beserta tiga orang lagi ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menandatangani kenyataan sumpah berkanun menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada pemilihan lepas untuk makluman Istana Negara.

SAUDARA PENGARANG,

DATUK Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab bercakap mengenai ‘khemah besar’ dan kini beliau buat pusingan U pula. Dari dahulu, kata-kata Anwar sering mengelirukan.

Saya tidak faham bagaimana Anwar berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah Dr. Mahathir beserta tiga orang lagi ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menandatangani kenyataan sumpah berkanun (SD) menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada pemilihan yang lepas untuk makluman Istana Negara?

Anwar jangan mudah lupa. Beliau tidak habis-habis menuduh Dr. Mahathir tidak menyokongnya untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Saya ingin tanya Anwar, sekiranya beliau mahu memperkuatkan Pakatan Harapan (PH), mengapa ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, PKR bertanding atas logo sendiri? Sekiranya Anwar ikhlas untuk memperkuatkan PH, beliau tidak akan sama sekali memisahkan PKR dengan parti-parti PH yang lain.

Asasnya di sini adalah semua rakyat tidak boleh lagi terpedaya dengan percaturan politik Anwar. Jangan sampai orang labelkan segala tindakan beliau sebagai tikam belakang.

Selagi Anwar berada dalam persada politik negara, maka selagi itulah landskap politik kita boleh menjadi huru-hara. Era politik Anwar sudah berlalu serta tidak relevan lagi.

Pemimpin pembangkang tidak boleh lagi bertindak memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan parti-parti pembangkang, sebaliknya memperkukuhkan lagi pakatan sedia ada.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 10:38 AM | Show all posts
gendang nan sumbang sudah bermula
wayang kulit dalangnya siapa?
apa cerita ini semua
rakyat yg mendengar diajak pening kepala
kata2 mcm lidah ular bercabang dua
haru, celaru dn keliru
nyanyian politik mula berlagu
menjelang pru?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:39 AM | Show all posts
Edited by nolya at 25-7-2022 10:40 AM

dbl posting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040995 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list