CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Dunia] Amaran tahap tertinggi!

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Amaran tahap tertinggi!


CACAR monyet berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa.


Geneva: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

"Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa.

"Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara.

"Sejak itu, penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian," tulis Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter.

Pada 23 Jun lalu, WHO menubuhkan sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) yang terdiri daripada pakar bagi memutuskan sama ada cacar monyet menunjukkan ciri-ciri yang boleh menggolongkannya sebagai darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Bagaimanapun, majoriti anggota jawatankuasa itu menasihati Tedros bahawa keadaan pada ketika itu belum mencapai ambang tahap amaran terbabit.

Mesyuarat kedua diadakan Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan semakin meningkat dengan Tedros meluahkan kebimbangannya.

"Saya memerlukan nasihat anda untuk menilai implikasi kesihatan awam pada jangka segera dan pertengahan," Tedros memberitahu mesyuarat itu yang diadakan selama lebih enam jam.

Bagaimanapun, seorang pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas Jumaat lalu.

"Sejak EC #cacarmonyet hanya beberapa minggu lalu, kami sudah menyaksikan kenaikan tinggi pada jumlah kes.

"Tidak dapat dielakkan bahawa kes akan meningkat secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang. Itulah sebabnya @DrTedros perlu mengisytiharkan darurat global," kata Lawrence Gostin, Pengarah Pusat Kolaborasi WHO mengenai Undang-Undang Kesihatan Nasional dan Global di Twitter.

"Kegagalan untuk bertindak akan membawa padah buruk kepada kesihatan global," beliau memberi amaran.

Menurut data Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dikeluarkan pada Jumaat, cacar monyet sudah menjangkiti lebih 16,800 orang di 74 negara.

Keseluruhan 98 peratus pesakit dijangkiti wabak itu adalah lelaki gay dan biseksual manakala satu pertiga dikenal pasti sebagai individu mengamalkan seks bebas.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ran-tahap-tertinggi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034472 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list