CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 9

[Tempatan] 13 tahun jaga tandas awam

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:25 AM | Show all posts |Read mode
13 tahun jaga tandas awam [METROTV]



Kota Bharu: Bekerja sebagai penjaga tandas mungkin dianggap menjijikkan namun tidak bagi suami isteri berhati murni yang hampir 13 tahun berkhidmat menjaga tandas awam di Stesen Bas Lembah Sireh di sini.

Ibrahim Majid, 62, dan isteri, Zaharah Zakaria, 52, bagaikan sudah sebati dengan kerja berkenaan seperti mencuci, mengemop lantai selain memastikan orang ramai menggunakan tandas awam dengan sebaiknya.

Malah, pasangan berkenaan tidak pernah malu sebaliknya bangga menjadi antara pekerja yang paling lama bertahan untuk memikul tugas menjaga tandas, walaupun banyak cabaran terpaksa dilalui termasuk berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan.

Ibrahim berkata, setiap hari, seawal jam 4 pagi, mereka mula mencuci tandas awam berkenaan.

"Kami memulakan tugas seawal jam 4 pagi kerana pada waktu itu, sudah ada bas ekspres yang tiba di stesen ini.

"Bagi memastikan tandas di waktu pagi dalam keadaan baik, saya akan memastikan ia dicuci pada sebelah malam sebelum ditutup sepenuhnya iaitu sekitar jam 10 malam.

"Biasanya, saya yang bertanggungjawab mencuci tandas tidak kira di bahagian lelaki atau wanita manakala isteri akan berada di bahagian kaunter bayaran. Caj yang dikenakan ialah 50 sen dan jika mahu mandi, perlu membayar RM1," katanya ditemui di tandas awam berkenaan.


IBRAHIM dan isteri, Zaharah berkhidmat menjaga tandas awam di Stesen Bas Lembah Sireh, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Menurut Ibrahim, tandas di bawah jagaan mereka dibuka setiap hari termasuk pada Aidilfitri serta Aidiladha yang mana ia dibuka untuk tempoh sebentar pada sebelah pagi kerana ketika itu, stesen bas dipenuhi orang ramai.

Katanya, tandas hanya ditutup jika berlaku gangguan bekalan air.

Ibrahim yang juga bapa kepada tiga cahaya mata berkata, setakat ini, dia tidak pernah mengambil pekerja dan hanya menjaga tandas berkenaan sepenuhnya dengan isteri selain dibantu anak-anak jika ada yang berkelapangan.

"Tambahan pula, tidak ramai yang sanggup bekerja di tandas. Kami sendiri pernah ditertawakan namun tidak mengendahkannya kerana ia rezeki halal.

"Banyak pengalaman ditempuh sepanjang menjadi penjaga tandas termasuk menyelamatkan seorang wanita hamil yang tiba-tiba pengsan dan mengalami pendarahan teruk di dalam tandas ini.

"Kami sempat hubungi hospital sebelum ambulans tiba dan membawanya ke hospital," katanya.


IBRAHIM mula mencuci, mengemop lantai tandas seawal jam 4 pagi setiap hari.


Menurut Ibrahim, setiap hari, mereka bertemu dengan ramai orang dengan pelbagai ragam.

Katanya, ada kalangan mereka adalah pembersih, malah ramai juga yang pengotor sehingga sanggup membuang air kecil di merata tempat serta meninggalkan tuala wanita tanpa membuangnya di dalam tong sampah.

"Kami juga sentiasa menjaga tandas dengan baik sebagaimana yang disarankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

"Malah, tandas di bawah jagaan kami pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Tandas Bersih anjuran MPKB-BRI," katanya.

Menurut Ibrahim, dia dan isteri akan terus menjaga tandas berkenaan selagi terdaya serta selagi diperlukan oleh MPKB-BRI.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tandas-awam-metrotv

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 09:40 AM | Show all posts
Di malaysia jadi petani dan pencuci tandas biasanya akan keluar perkataan ..pada awalnya saya di pandang hina, dikatakan gila kerana mengusahakan pertanian bagi pengusaha pertanian dan juga untuk pekerja pencuci tandas!

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:58 AM | Show all posts
Tak ada hinanya kerja macam ni sekurang2nya mereka cari rezeki halal bukannya mencuri atau meminta2.  Tak ada orang tolong bersihkan tandas pun susah jadinya.  Kalau tandas kotor macam mana orang nak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi hina kerja makan duit sua bawah meja dekkkk…..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:59 AM | Show all posts
Lagi mulia dpd scammer jahat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-7-2022 09:40 AM
Di malaysia jadi petani dan pencuci tandas biasanya akan keluar perkataan ..pada awalnya saya di pan ...


aku actually xpenah jumpa mana2 person yg mengutuk pekerjaan (yg halal) org lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniahla, jadi tukang bersih dkt negeri ssjkp ni byk cabarannya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:11 AM | Show all posts
nikaido replied at 25-7-2022 11:05 AM
aku actually xpenah jumpa mana2 person yg mengutuk pekerjaan (yg halal) org lain

jumpa depan2 mmg tak penah la. tapi penah je terbaca kuin kepam menghina seterunya anak penjual sayur. eh tapi kuin kepam tu perkejaan apa je yang dia tak kutuk. makan gaji pun dia kutuk. hahahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa member lama mesti tanya iols kerja apa. Iols jawab jah iols berkerjaya & berkaliber. Iols bagitau iols kerja sekian2 bukannya deols tau kerja iols tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:57 AM | Show all posts
Abang yg jaga toilet awam kt ikan bakar belamy pun outstanding sgt. Iols nk masuk toilet, dia sembur dulu air freshner. Toilet mmg berkilat la..Iols x sihat hr tu, mcmana tah masa nk letak balik paip air ke penyangkut, iols cuai sikit, air pun berjujuran atas lantai.

Takut la juga iols membasahi lantai toilet dia tu. Keluar2 terus minta maaf

Lagi satu, makcik kt station bas Kuala Terengganu circa 2019..tu pun dasat dia jaga toilet. Selalu iols akan bg xtra kt org2 yg gigih gini. Sb toilet awam bersih adalah kebahagiaan..hewhew

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051089 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list