CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 2

[Tempatan] Seludup minyak masak, lesen 14 syarikat ditarik balik

[Copy link]
Post time 25-7-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Seludup minyak masak, lesen 14 syarikat ditarik balik


Foto hiasan - Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi ditarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah selepas dikesan menyeludup barangan itu ke negara jiran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata ia adalah antara tindakan tegas dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu ketirisan minyak masak bersubsidi, yang dikesan dijual secara terbuka di Thailand.

"Kementerian tiada indeks ketirisan setakat ini, cuma kita sudah menarik balik lebih daripada 14 syarikat (pembungkus minyak masak bersubsidi).

"Ketika ini, kita dalam proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan isu ketirisan atau penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

"Kita juga akan meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pembungkus minyak masak bersubsidi untuk memastikan mereka boleh menyumbang dalam mengatasi maslah ketirisan minyak ke luar negara," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita lanjut menyusul
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rikat-ditarik-balik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 12:05 PM | Show all posts
baguslah umumkan tindakan. jangan bagi alasan sahaja ketirisan minyak masak penyebab subsidi ditarik balik tapi tak ada tindakan atau tak umum tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 12:09 PM | Show all posts
Jangan tutup 14 lepas tu 14 baru dibuka buat perangai sama sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.330767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list