Gara-gara terlupa sedang memanaskan minyak untuk menyediakan sarapan, seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila dapur gasnya terbakar dalam kejadian di Kampung Baru Tampin, pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.54 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.
Dullasi (kanan) bersama seorang warga emas yang terlibat dalam kejadian kebakaran dapur gas dan kabinet dapur di Kampung Baru Tampin, Tampin, Negeri Sembilan hari ini.- IHSAN BOMBA
“Kami segera memadam kebakaran dan berjaya menyelamatkan rumah satu setengah tingkat itu daripada musnah terbakar.
"Warga emas berusia 73 tahun ini berada di rumah seorang diri manakala anak-anaknya pula bekerja di luar.
"agi ini, dia memanaskan minyak di dapur namun terlupa, apabila tersedar kebakaran sudah berlaku.
“Warga emas ini cuba memadamkan api, namun gagal dan meminta bantuan jiran. Jiran segera menghubungi kami bagi membantu memadam kebakaran berkenaan,” katanya hari ini.
Dullasi berkata, dianggarkan kebakaran berlaku sekitar 10 peratus di bahagian dapur tersebut.
Sumber: UTUSAN |