Sebabnya ialah kita bolayan kononnya saman Sulu yang mereka dah mula hantar notis pertama pada 31 Januari 2018 lagi...
Memang notis 2018 tu belum lagi rasmi sebab Sulu maklumkan melalui firma guaman diorang, bahawa tuntutan semula bayaran wang ufti akan di lakukan di Superior Court of Justice, Madrid untuk melantik penimbang tara bagi pihak Sulu...
Di sinilah kesilapan kita yang pertama, bahawa kita telah sengaja gagal untuk menghantar wakil ke Mahkamah Agung di Madrid der, ingat ye itu bukan Mahkamah Majistret untuk kes saman trafik ok...
Satu lagi korang kena paham betul-betul, bahawa Sulu nak saman kita bukan sebab nak tuntut Sabah pun pada mulanya...
Sulu nak minta kita sambung je bayar ufti tahunan yang kita dah pun bayar tanpa gagal selama 50 tahun beb, bukannya baru setahun dua...
RM5,300 setahun tu bukannya banyak mana pun, di bahagi dengan 12 baru RM440 sebulan je, dan kita tidak gagal membayarnya sejak Tunku Abdul Rahman bentuk Malaysia tahun 1963 bersama Sabah dan Sarawak...
Jadi jangan jadi bengong sangat ok, korang kena paham yang Sulu tak pernah tuntut Sabah, tapi perjanjian tetap perjanjian, bahawa kita memang dah bayar mereka berpuluh tahun...
Kalau kita tak iktiraf Sulu atau tak iktiraf Perjanjian 1878, kenapa pi bayaq duit tahunan pada mereka der...
Jangan nak salahkan Sulu pulak ye, bukan nak bela sangat, tapi biarlah berpijak pada bumi nyata...
Nak menang kes antarabangsa macam ni, bukannya ada masa nak jadi bodoh piang bhai, cukuplah kita kalah pada Singapura kes Batu Putih sebab bodoh sendiri...
Ahli politik tau apa, kalau hilang Sabah pun gaji mereka tetap jalan, yang tanggung malu pun bukan diorang, sebab kerajaan biasanya akan bertukar setiap kali PRU nanti...
Jadi kita rakyat yang benar-benar sayangkan maruah negara, kena bijak dalam hal nih, jangan termakan politik murahan mereka...
Ada pihak yang tak habis-habis tak mahu mengaku salah, kononnya Sabah tak boleh di tuntut pihak luar...
Satu lagi pihak pulak, tak habis-habis salahkan yang satu lagi, walhal pemimpin diorang jugak yang dalang kemelut Sulu ni dari dulu lagi...
Jadi kita kena fokus, bahawa salah kita yang pertama ialah bolayan saman Sulu pada 2018, yang berpunca dari 2013 setelah kita henti bayar ufti...
Ini bukan isu samada duit tu wang ihsan atau ufti atau sewa atau serah, tapi yang mahkamah nak tahu kenapa kita bayar duit tu jika kita tak iktiraf Sulu...
Analoginya macam ni, lu sewa rumah dan lu bayar pada tuan rumah, lepas tu satu hari tuan rumah nak jual rumah lu sewa tu, tapi lu saman dia, alasan lu tak kenal siapa dia, walhal lu masuk duit dalam akaun dia setiap bulan tanpa gagal bertahun-tahun dah...
Nampak tak kebodohan kita wahai rakyat Malaysia, jadi tak payah nak sembang panjang-panjang siapa pegang Sabah dan perjanjian apa yang di buat selepas tu...
Memang undang-undang antarabangsa tak akan benarkan tuntutan wilayah hanya berdasarkan sejarah, tapi itu bukan soalnya...
Sulu bukan fail saman untuk tuntut Sabah, tapi hanya tuntut duit seciput RM5,300 je setahun, dan sekarang Malaysia dah kena cop melanggar undang-undang sebabnya gagal hadir di mahkamah pada awal tahun 2018...
Nak senang paham lagi macam ni ye, contoh kita kena saman dengan bank sebab tak bayar pinjaman, jadi surat peguam pun sampai kat rumah minta respon atau kena tindakan mahkamah...
Kita pulak wat tak tau je bertahun-tahun, satu hari sampai surat mahkamah ke rumah, dan kalau tak respon lagi kita boleh di sapina ke mahkamah, baru nak kelam kabut...
Walhal kalau awal-awal kita respon dengan baik, minta jasa baik tuan hakim untuk tangguh proses bankrup, tuan hakim pasti akan menyelebahi kita, sebab bank tu pun dah kaya raya...
Jadi selagi kita layan je kes saman di mahkamah, selagi tu bank susah nak bankrup kan kita, dengan syarat kita bayar lah walau sikit, itu pun kalau tak nak jatuh bankrup lah...
Sebenarnya, kalau kes saman libatkan bank, mahkamah tak ada sampai nak bagi pihak bank mohon sapina, kecuali kes saman malu antara dua pihak...
Biasanya, pihak peminjam memang bolayan kes saman bank, itu sebab ramai kena bankrup, dan masalah besar kalau kena pada penjawat awam, sebab gaji dan pencen boleh di tahan...
Walhal hakim biasanya akan memihak pada orang awam dalam kes saman bank, sama juga dengan kes Sulu ni, bahawa kita memang boleh menang mudah jika kita bekerjasama sejak awal 2018 lagi...
Maksud menang mudah ni bukannya kita tak perlu bayar ufti, tapi kes ini akan selesai dengan amat mudah jika kita mohon maaf dan sambung bayar secepat mungkin pada Sulu pada awal 2018...
Kalau korang baca kenyataan Mahkamah Agung Madrid dalam kes Sulu tu, dengan jelas tertulis dalam Perkara 2, sub terma 27 "Malaysia failed to jointly appoint the arbitrator for the determination of the dispute under the Deed, as request by Claimants and within the dateline provided in the Notice of Intention to Commence Arbitration"...
Jelas kat situ Malaysia dah buat silap apabila gagal respon untuk lantik penimbang tara untuk pihak kita melawan Sulu, sebab Mahkamah Timbang Tara benarkan kedua pihak lantik penimbang tara masing-masing...
Lepas tu kita nak salahkan penimbang tara Dr. Gonzalez Stampa pulak kononnya bagi Sulu "ex-parte award" atau keputusan sebelah pihak, walhal kita yang bolayan notis saman dari Mahkamah Agung Madrid lagi...
Sub terma 28 dalam kenyataan Mahkamah Agung Madrid pula berbunyi "On February 1, 2018 Claimants failed the Application. Respondant did not appear and was not presented therein."...
Jelas kat sini prosiding saman dah mula pada 1 Februari 2018 untuk saman pemula, dan kita masih gagal hantar wakil...
Sub terma 29 pula "In its Order of May 8, 2018, the Superior Court of Justice of Madrid examined its competence and declared that is Civil and Criminal Chamber had jurisdiction over the Application."...
Sub terma 30 "On October 29, 2018, the Civil and Criminal Chamber of the Superior Court of Justice of Madrid decided to declare Malaysia to be in default in relation to the Application."...
Jelas dan terang, isunya sekarang bukan masalah Sulu layak atau tidak tuntut Sabah, tapi mereka boleh dapat Sabah jika kita masih ego dan bodoh sombong dalam bereaksi kepada saman antarabangsa...
Lagi satu kesilapan kita ialah ketika Mahkamah Tinggi British di Sandakan pada tahun 1939 membuat keputusan bahawa dua entiti BNBC dan kerajaan British harus terus membayar sewa tahunan kepada Sulu...
Macam ni lah, ok korang tau kan apa beza tanah status "leasehold" dan "freehold", dan macam tu lah tanah Sabah, bahawa hakikatnya Sabah adalah berstatus "leasehold" kepada Malaysia, selagi ufti tahunan dibayar...
Macam kita juga, selagi cukai tanah di bayar kepada kerajaan, selagi itu kita boleh guna tanah tersebut, walaupun kita dah bayar pada tuan tanah untuk membelinya...
Maksudnya, kita memang tuan tanah, tapi ada lagi pihak iaitu kerajaan yang boleh rampas tanah jika tak bayar cukai bertahun-tahun, walaupun tanah "freehold"...
Tuan tanah kepada 9 wilayah atau negeri di Malaysia adalah para Sultan dan waris sah mereka, dengan kata lain mana-mana Sultan nak ambil tanah korang boleh je, sebab dia tuan tanah asal dan kerajaan hanya di lantik untuk menguruskannya...
Bahkan kalau Sultan tu jual pada kita pun, dia boleh rampas balik sebabnya itu tanah dia secara undang-undang tubuh negeri, bermakna negeri tak akan wujud jika tak ada kuasa Sultan...
Kecuali negeri selat macam Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang di letak di bawah YDP Agong, tapi Agong pulak di bawah Parlimen dan boleh di tukar setiap 5 tahun...
Jadi kuasa Sultan sebenarnya jauh lebih besar dari Agong dalam hal tuan tanah...
Seperti negeri Pulau Pinang yang masih membayar ufti kepada Sultan Kedah, dan hakikatnya Sultan Kedah boleh bila-bila masa ambil balik seluruh negeri Pulau Pinang kerana mereka adalah tuan tanah asal...
Besarnya kuasa Sultan ni yang menyebabkan seluruh keturunan serta waris Kesultanan Melayu di Indonesia telah di bunuh dan di tukar kepada negara republik...
Ini yang sebenarnya di mahukan oleh penjajah seperti Sepanyol, Amerika, Belanda dan British, bahawa sistem Kesultanan dan Raja harus di hapuskan untuk mengelakkan keturunan serta waris mereka terus berkuasa di sesuatu wilayah...
Di sebabkan itu maka negara Indonesia telah menjadi sebuah negara republik tanpa raja, begitu juga dengan Singapura yang telah di halau Sultan Melayu secara licik oleh British...
Sedangkan kalau nak pertikai keturunan Sultan Johor yang agak 'poyo' ugut nak keluar Malaysia bagai, sedangkan mereka bukan pun keturunan sah Kesultanan Johor, dan ini yang membuatkan mereka sedikit 'gelabah' dengan aktif mencampuri urusan politik negara...
Menghentikan bayaran kepada Sulu secara "unilateral" atau sebelah pihak pada 2013 selepas Serangan Lahad adalah punca kepada segala masalah kita berkaitan Sulu...
Ramai rakyat Sabah sebenarnya telah mendapat anugerah Dato' dari Sultan Sulu...
Ingat dan ingatlah bahawa Sulu memang sebenarnya dah tak layak tuntut Sabah tak kisah samada mereka benar-benar pemilik asal Sabah atau tidak...
Tetapi sekarang isunya dah lain selepas kita langgar perjanjian dan undang-undang apabila gagal bayar seciput duit dan tak layan Mahkamah Agung Madrid awal 2018 lagi...
Hanya sebab itu, Sulu telah menang saman di ICJ Paris dan tuntut RM62 bilion pulak, dan sikit lagi Filipina pula nak tuntut Sabah atas alasan kita iktiraf Sulu dengan membayar ufti tahunan...
Kalau kita terus bayar ufti, Filipina akan tuntut, tapi kalau tak bayar pulak Sulu tuntut...
Tak kisah pun samada negara kita iktiraf atau tidak Perjanjian 1878 antara Syarikat Borneo Utara British dan Sultan Jamalul Alam yang kita dakwa tidak ada kena mengena dengan Sabah...
Dan juga bukan isu samada wang tahunan RM5,300 adalah wang ihsan, atau isu Suruhanjaya Cobbold dan pencerobohan Lahad Datu sekali pun...
Isunya kita telah melanggar undang-undang apabila enggan menghantar wakil untuk melawan Sulu di Mahkamah Agung Madrid pada awal 2018...
Ada juga yang tak percaya Perjanjian 1878 di buat dalam dua bahasa iaitu Inggeris rumi dan Melayu jawi, buktinya ada dalam gambar di atas ye, dan jelas perkataan "cede" atau pajak di gunakan pihak British, tetapi "leased" di pihak Sulu...
Sulu tidak susah payah nak buktikan bahawa mereka berhak keatas Sabah dengan membawa segala dokumen perjanjian, tetapi cukup dengan hujah bahawa negara Malaysia gagal bekerjasama dengan Mahkamah Agung Madrid di Sepanyol...
Kalau kita nak dakwa Sulu langgar Perjanjian 1878 dengan serang Lahad Datu pada 2013, kita sepatutnya fail kan saman di mahkamah untuk hentikan bayaran ufti, bukannya tiba-tiba berhenti bayar macam tu je...
Dan satu lagi rasanya tak payah lah susah-susah kalau nak tubuhkan RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk kes Sulu ni, karang tak pasal Sabah kena ceroboh lagi, prosiding RCI pun di hentikan macam RCI Projek IC 2013, yang jadi mangsa askar dan orang awam jugak...
Walaupun tuntutan Filipina ke atas timur Sabah telah pun di tolak PBB, tetapi sekarang Filipina kembali aktif atas hujah Malaysia telah langgar undang-undang dan perjanjian sesuka hati...
Apa kata kita lantik je Sulu jadi Sultan Sabah kan senang, bayar je berapa diorang nak, serta "checkmate" terus Filipina dan Sulu sampai bila-bila...
Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.