CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3035|Reply: 39

[Tempatan] Suamiku 'ghaib' tanpa berita

[Copy link]
Post time 25-7-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Gurun: Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu.

Lelaki terbabit, Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu.

Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu.

Artikel Berkaitan
• Beli baju raya untuk keluarga sebelum ajal
• Mentua mungkin lupa jalan pulang
• Parah ditetak pasang lampu tinggi
• Sherie Merlis 'terperangkap' di rumah adik ipar
Isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36 berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena dan dia kali terakhir bertemu suami yang mendakwa mahu ke rumah keluarganya di Gurun.

Menurutnya, suami sebelum itu menyatakan hasrat mahu mengikut adik lelakinya bekerja di Johor selepas hari raya dan dia bersetuju dengan hasrat suami selepas mereka berbincang.

"Saya dan suami sebelum ini mencari rezeki dengan mengambil tempahan melakukan dekorasi hiasan dalaman namun kurang mendapat sambutan sejak pandemik melanda.

"Untuk menambah pendapatan suami memberitahu dia mahu melakukan kerja luar dengan mengikut adik ipar yang ketika itu pulang bercuti menyambut Aidilfitri," katanya.

Katanya, suami kemudian memberitahu mahu ke rumah keluarganya di Gurun untuk bertemu dengan adik ipar bagi berbincang mengenai kerja seterusnya akan bertolak ke Johor beberapa hari selepas itu.

"Saya beri suami RM500 untuk dijadikan sebagai modal dan belanja namun terkejut apabila adik ipar menghubungi bertanyakan sama ada abangnya berada di rumah beberapa minggu selepas itu.

"Mendengarkan pertanyaan adik ipar itu saya mula pelik kerana selama ini menyangka suami berada di rumah keluarganya dan sudah bertolak ke Johor untuk mencari kerja," katanya.

Nurul Hidayah berkata, selepas itu baru mereka semua menyedari yang suaminya itu tiada di kedua-dua rumah sebelum bapa mentuanya membuat laporan polis.

"Selepas tiga bulan kehilangannya, suami masih gagal dikesan malah pelbagai usaha dilakukan termasuk kaedah perubatan Islam namun tiada sebarang petunjuk ditemui.

"Tiada masalah atau sebarang pergaduhan antara kami yang mungkin menjadi punca kehilangan suami. Itu yang membuatkan saya dan ahli keluarga lain pelik," katanya.

Menurutnya, kehilangan suami sejak tiga bulan lalu itu turut meninggalkan kesan buat anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelaki tunggal berusia enam tahun yang terlalu merindui bapanya.

"Anak bongsu daripada empat beradik ini paling rapat dengan suami malah hampir setiap hari akan bertanyakan mengenai bapanya itu.

"Saya amat berharap suami dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya," katanya.

Menurutnya, dia berharap sesiapa yang menemui suaminya supaya menghubungi talian 01110728937.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
selama dia ingat laki dia ada dengan adik ipar tu, dia takde call ke apa? sebulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis dah tak kisah ke... berhari2 tak call pun tak rasa pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ada juga laki bini yang tak contact lelama ye? kalau di luar kawasan tu, boleh la faham
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 25-7-2022 08:38 AM

Begini la kes si Zailina ka Zalina tu dengan beberapa kerat je komen jika dia marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya lahai...aku kalo tinggai laki dua hari sekali call.kalau x call aku tgk status wasapkalo online makna hidup lagi la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 04:43 PM | Show all posts
abe pi mano abe weyyyyy

timbul lah timbul lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...peliks sunggoh la
Samada laki tu tak suka contact sokmo ka..
Atau bini tak nak ganggu..
Tp.kalau ayah2 ni koman2.mesti ada video call kat anak2 kan...
Kesian anak nya rindu kat ayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dpt rm500 kau dah hilang ingatan.....
Sibuk mendadah kot.....kat gurun, yan tu semua kawasan hitam.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
So dah cari dlm sungai x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:42 PM | Show all posts
serious la ic hp tak bawak bini boleh relax kalau tak balik hari tu jugak?
lain la kalau bawak baju berbungkus bangkas bagai..

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 05:59 PM | Show all posts
sstgh jenis, ada org jenis tak kisah

tgk ajala yg bekas staff tv hilang, , korang nmpk tk kt mana2 media social, kt tv, radio, ada ke ahli keluarga dorg munculkn diri merayu tanya bagi kenyataan media ke tak?, yg ada kawan baik, sedara jauh bagai,
tu pun baru tau lepas 6 bulan

pada aku, tu lagi gile
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk da sebulan br prasan hilg..maybe da biasa kot keje jauh2 pastu xcontact..mcm zaman dulu2..wat lek je dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lari thailand ke..hidup baru.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ada org gini eh, xcontact relax2 je
Aku kalau laki ride lg risau, dia asal brenti rest je akn update kat mana
Boleh plak keluar rumah tgl hp dgn dokumen bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kes haritu dj sal n dj wong da bersama balik kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami dia eksiden kot masa naik motor tu dah katanya naik motor tak bawak sbrg dokumen dan telefon bimbit kan.
Pastu yg pelik tu patutnya dlm 24jam kalau org pi kedai ke apa tak blk2 patutnya keluarga dh perasan. Dah katanya pinjam motor pak mertua dia kan.
Pastu lg aneh isteri plak takde call suami hari2 atleast anak2 dia mesti nak vc ngn ayah dorang.

Yg keluarga mertua sangka si suami tu balik umah bini dia, yg bini dia plak sangka dah g johor.
Elok laa harap tepon je melekat kat tgn tapi semua taktau kegunaan sebenar menda alah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Doc+hp tinggal tu kat rumah dia ke rumah FIL?
Kalau rumah sendri, xkan la x fishy nak pegi cari keja tp smeua tu tinggal
Kalau ttinggal rumah fil, hmmmmm tnya je la fil tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
makin pelik mslh skrg. hrp lakinya tu aman2 saje dan balik laa rumah sian anak bini tu.
risau plak kot jadi mcm kes arwah yg excident kereta masuk sungai tu berbulan kot baru timbul keretanya.
kes acik zalina pun pening...smpai skrg belum muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:33 AM | Show all posts
Suami dah hilang sebulan baru isteri sadar? what???????????????????????????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059959 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list