View: 2898|Reply: 22
|
[Tempatan]
Lebuh Raya Baru, KL Node Hubungkan LATAR-EKVE Dijangka Mula Dibina 2024
[Copy link]
|
|
Sebuah lebuh raya baharu dirancang mula dibina pada 2024 ini, menghubungkan koridor timur dan utara trafik Lembah Klang. Ia dinamakan sebagai KL Node (Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway).
Antara tujuan utamanya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutamanya di MRR2 atau Jalan Lingkaran Tengah 2.
Lebuh raya sepanjang 24km ini akan menjadi penyambung antara LATAR dan EKVE. Sepanjang 83% daripada jajaran 'highway' itu akan dinaikkan bertingkat.
Setakat ini, jajaran yang dicadangkan itu turut akan melalui kawasan-kawasan berikut, termasuk bukit, kawasan perumahan dan kampung:
Titik masuk/keluar EKVE berhampiran Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang
Kampung Pasir, Hulu Kelang (MRR2)
Taman Melawati dan Taman Permata (MRR2)
Kg Klang Gate dan Wangsa Melawati (MRR2)
Desa Melawati, KL East dan Taman Melati (MRR2)
Terminal Bersepadu Gombak (MRR2
Kampung Sungai Chinchin, Gombak
Seri Gombak
Kampung Sungai Tua
Taman Selayang Mutiara
Selayang Heights
Jalan KL-Ipoh (FR01)
Titik masuk/keluar Latar berhampiran Taman Eko Rimba Kanching
Pintu keluar masuk EKVE dan LATAR masing-masing terletak berhampiran Ukay Perdana di Hulu Kelang dan Taman Eko Rimba Kanching di Rawang.
Projek KL Node ini dijangka bermula 2024, menghubungkan rangkaian lebuh raya alternatif sedia ada dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota, kata wakil kementerian kepada FMT.
Terutamanya keadaan trafik di Jalan Kuching yang mengakibatkan masa perjalanan yang panjang dan pengguna yang lebih terdedah kepada kemalangan.
Dikatakan juga bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mencadangkan butiran KL Node kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 2017 dulu.
Sumber : FMT |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah bina banyak mana highway pun takkan dapat selesaikan kesesakan di KL. Kereta akan sentiasa bertambah dan makin ramai orang masuk kerja di KL. Apa next solution? Bina highway baru lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak bina hiway
Pastu banjir tanah runtuh semua nak salahkan.siapa?
Pokok kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup2 lagi ke hiway kat KV ni? beria laa buat hiway baru pastu hujung2 merge juga dengan jalan yang dah sedia sesak abadi. phuiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
arm_band replied at 26-7-2022 07:24 PM
tak cukup2 lagi ke hiway kat KV ni? beria laa buat hiway baru pastu hujung2 merge juga dengan jalan ...
Nak buat highway pon jalan sedia ada akan sesak
SG x dpt bayangkan betapa stress nya duduk berdekatan mrr2 …punya lah byk highway area situ…jam memanjang, lepas 1-1 highway depa buat.bape puluh tahun nak siap sume highway
SG penah duduk area situ dulu2…so i feel u |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya area situ dah bertingkat2 hiway ..pdhal boleh je guna bajet tu upgrade public transport yg makin hauk skrg ni makin byk hiway lg jem..sbb setiap hiway ada a few exits..kat exit tu la ada tol dan di situ la bottleneck jem... |
|
|
|
|
|
|
|
Jem kat malaysia ni sbb terlalu byk projek pembinaan tepi jalan. jalan jadi selorong/sempit sbb kon sana sini. Sampai ke sudah lah macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain rakyat minta, lain yg dpt. aku dah agk dah kerajaan xkan tingkatkan kelancaran public transport sbb xbawa untung |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 25-7-2022 11:18 PM
Percayalah bina banyak mana highway pun takkan dapat selesaikan kesesakan di KL. Kereta akan sentias ...
Baru nak cakap hal sama, tetap ler sesak ber kilometer sblm dan selepas exit, jalan2 yg biasa tak jammed akan jammed. Banyak dah tgk contoh. Berangan je ler |
|
|
|
|
|
|
|
Awat la tak upgrade public transport??? Golong atasan pi keje naik helikopter ka apa? |
|
|
|
|
|
|
|
X payah la bina highway lg. Lg jem je , sbb last2 jd bottleneck. Before construction jem psl nk pasang cerucuk bagai, lepas siap jd bottleneck la.patut turap , maintain jln sedia ada je. |
|
|
|
|
|
|
|
arm_band replied at 26-7-2022 07:24 PM
tak cukup2 lagi ke hiway kat KV ni? beria laa buat hiway baru pastu hujung2 merge juga dengan jalan ...
Contoh duke n lekas
Hahahahah..... |
|
|
|
|
|
|
|
paling horor petang petang takpun pagi pagi sangkut di depan flamingo tu .. nak selit mana pun tak tau dah.. sbb jalan lurus je
|
|
|
|
|
|
|
|
taik lah kerajaan ni..serius taik |
|
|
|
|
|
|
|
giler laaaaa... yang skrg pun tak siap2 lagi....
tak habis perabis kan duit rakyat...... |
|
|
|
|
|
|
|
susur keluar highway dah boleh letak traffic light utk selesaik masalah jem kat pertembungan susur masuk dan keluar |
|
|
|
|
|
|
|
WCE - lebuhraya pantai barat tu pi siapkan dulu...
dah lama dah project tu tapi still tak fully siap lagi... separuh separuh je yg boleh guna.
ni dah sibuk nak tambah lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
antara langkah2 utk mengurangkan jem adalah membangunkan bandar2 besar di luar lembah klang...ramai anak2 negeri dtg KL sebab nak mencari rezeki dan penyebab punca jem...
kpd anak2 negeri, sila pulang ke kampung halaman masing2 utk mencari rezeki setelah habis belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak kenakan "toll" untuk semua motorist (termasuk penunggang motosikal) untuk sesiapa yg nak masuk KL City ?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|