CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2655|Reply: 44

[Tempatan] Hampir 700 Orang Guru Di Melaka Alami Tekanan Dan Kemurungan, Kenapa Agaknya?

[Copy link]
Post time 26-7-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Ayer Keroh: Seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat, menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dimaklumkan, keadaan itu dikesan selepas golongan terbabit menjawab saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang diambil secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.


EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan negeri adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini.


Foto: Harian Metro




Beliau berkata, susulan itu, beberapa tindakan diambil untuk memulihkan keadaan itu seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga Jabatan Pendidikan negeri.


"Turut dilaksanakan adalah Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif Covid-19," katanya.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai punca kebanyakan guru mengambil tindakan bersara awal di negeri ini ketika Persidangan Ketiga, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Seri Negeri di sini, hari ini.


Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai peruntukan untuk menaik taraf dan pembaikan sekolah di Melaka, Dr Muhamad Akmal berkata, pembinaan sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada sudah mencapai bilangan bilik darjah fizikal 36 bagi sekolah rendah dan 42 bilik darjah bagi sekolah menengah.


Katanya, langkah yang sama juga akan dilaksanakan sekiranya sekolah sedia ada tidak ada lagi kawasan untuk pembinaan bangunan baharu.


"Kementerian Pendidikan hanya memberi fokus kepada pembinaan sekolah kerajaan sahaja.


"Mengikut rekod, permohonan projek baharu yang akan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau, diikuti menaik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin.


"Turut diberi tumpuan, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka panas...dah lah kelas x de air cond.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:38 PM | Show all posts
balik kol2 pon stress lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:49 PM | Show all posts

648 guru di Melaka dikesan tertekan, kemurungan.

648 guru di Melaka dikesan tertekan, kemurungan

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ertekan-kemurungan/

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
26 Julai 2022, 1:20 pm


Akmal Saleh pada sesi pertanyaan dan jawapan mulut pada hari kedua Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh. - FOTO:RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Seramai 648 daripada 13,976 guru di negeri ini dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh, angka itu dikesan selepas saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang dilakukan secara sukarela dibuat melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, seramai 28 guru atau 4.32 peratus dikesan berada pada tahap kemurungan.

“Saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini.

“Beberapa tindakan telah diambil untuk seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga JPN,” katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tambahnya, turut dilaksanakan ialah Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI) yang merangkumi Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif Covid-19.

Muhamad Akmal (BN-Merlimau) yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin mendedahkan angka itu bagi menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) mengenai punca kebanyakan guru mengambil tindakan bersara awal di negeri ini.

Sementara itu, menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai peruntukan untuk menaik taraf dan pembaikan sekolah, Muhamad Akmal memaklumkan, sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada sudah mencapai 36 bilik darjah fizikal bagi sekolah rendah dan sekolah menengah sebanyak 42 bilik darjah.

Katanya, permohonan projek baharu yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau.

“Terdapat juga naik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok di Jasin.

“Turut diberi perhatian, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Guru , adalah pekerjaan paling sukar di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hameed mythen kundur ni orang mana ek?

Kena tengok guru2 tu asal dari mana pula..
Mana tau selain dgn tekanan dari atasan dan murid2...
Negeri asal juga main peranan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 01:57 PM | Show all posts
elok bersara awal, kasi chan graduan perguruan yg masih takde keja
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:26 PM | Show all posts
Ada guru cerita sebabnya begini...

Macam mana tak tertekan...sebab banyak pekerjaan lain didunia ni bila orang atasan pressure, mereka expect orang pertengahan dalam organisasi akan pressure pulak orang bawahan mereka sehinggalah kepada orang yang paling bawah

di bidang perguruan bila orang atasan pressure, guru-guru ini tak boleh sampaikan pressure ini kepada pelajar tetapi kena serap pressure tersebut.... bila berhadapan dengan pelajar, guru tak boleh mengamuk, tak boleh itu ini kena bermuka manis, bersopan, kena jaga gaya bahasa intonasi suara gerak geri supaya tak melukai hati pelajar... supaya pelajar tak tertekan, tak boleh ada pressure..orang atas pressure tapi tak boleh pressure orang bawahan tetapi kena bergembira dengan orang bawahan pulak..

yang keduanya ialah ruang untuk push pelajar mencapai pencapaian terbaik adalah terhad dalam keadaan spt ini.. nak push nak berjuang nak berperang untuk capai yang terbaik tapi tak boleh ada pressure tak boleh terluka.. memang ruang untuk buat sesuatu terhad

...yang ketiga bagaimana nak improve pelajar bila pelajar sendiri tak mahu belajar atau pelajar, atau sikap pelajar datang dari parenting yang fail, pelajar yang datang dari keluarga miskin, atau pelajar yang datang dari keluarga yang berantakan... bukan tak bagi motivation ker apa, guru-guru dah terkenal pun dengan bebelan,  ada program berjalan tapi keberkesanan itu bukanlah seratus peratus.. dan orang atasan ini yang memang tugasnya pressure sentiasa tak pressure, ada yang tak akan berpuas hati sebab sesetengahnya itu tak bersikap reaslisitk pun... guru melihat ini spt kelihatan tak ada jalan keluar, ini salah satu yang buat ramai guru tertekan..

kita juga boleh melihat semua masalah pelajar ini dipush oleh pihak atasan kepada guru-guru untuk selesaikan sendiri dengan tak ada ruang "kau dipecat" seperti dalam bidang pekerjaan lain...

contohnya bos syarikat mee kari tak sedap, bengang sebab satu orang pekerjanya selalu ponteng kerja, maka dia pecat pekerja itu serta merta, selepas memecat maka hatinya telah berasa lega terlepas bebanan tekanan ada pekerja yang bermasalah. dah terlepas tekanan disitu... dah kurang depression

guru tak ada option tersebut, buang pelajar yang kurang ajar, buang pelajar ponteng, buang pelajar yang tak datang sekolah tak boleh... maka kena hadaplah hidup bersama-sama bertahun-tahun hingga terjadi depression..

itu antara sebab mereka tertekan... nak tahu lebih lanjut kenalah tanya sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 02:27 PM | Show all posts
double post
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:27 PM | Show all posts
stress sebab pkp haritu kot. susah ngajor online. entohh

hilang motivasi nak mengajor ke. budak sekarang pegi sekolah, dapat je SPM, tak bersemangat pun nak sambung belajar. mana taknya, dengan ekonomi sekarang, ada master/ degree pun keje gaji minima.

bak kata sorang budak ni, daripada tambah hutang, baik keje terus.

budak malas belajor, cikgu hilang arah,
menteri memekik kat parlimen macam monyet

begitulah seterusnya, sampai la AJM
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
5% jer pun dari semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:44 PM | Show all posts
Kerja di swasta tidak pernah tertekan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:46 PM | Show all posts
white_musk replied at 26-7-2022 02:44 PM
Kerja di swasta tidak pernah tertekan...

kan
menyampah i padahal, mengajar je pun, suka hati lah student nak belajar ke tak nak...
i tengok cikgu sekarang makin mengarut je, jual online lah, buat mlm lah, update meniagalah, eeeeiii macam macam lah..

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:48 PM | Show all posts
stress ape agaknye cikgu2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:30 PM | Show all posts
bukan stress mengajar... tp stress dok ngadap traffic light setiap simpang la haiii....... maklumlah pantang ade lorong abes dipacaknyer lampu isyarat tu...

luahan ikhlas rakyat alor gajah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:35 PM | Show all posts
ada statistik guru suicide x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 26-7-2022 03:30 PM
bukan stress mengajar... tp stress dok ngadap traffic light setiap simpang la haiii....... maklumlah ...

Kampung Kelemak tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ke org² melaka yg stress? Tu makcik asam pedas yg suka maki2 org tu? Depression jugak la kot kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua keje stress...asik2 duk hilite cikgu2 je..kita nk kena belai2 tepuk2 manja blkg cikgu2 ke caner nih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan mulut org melaka mcm hanat.....
Kemurungan lah cikgu yg tak biasa dgn suasana mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055631 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list