CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 7

[Tempatan] ‘ Datuk' cuba campur tangan, JAS tak layan

[Copy link]
Post time 26-7-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-7-2022 01:54 AM

'Datuk' cuba campur tangan, JAS tak layan[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Mohamad Fahd Rahmat - Julai 26, 2022 @ 10:12am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd Rashdan Topa dalam serbuan di tapak kitar semula tayar terpakai haram di Batu 13 Jalan Kluang di Kluang Johor. - Foto NSTP/Mohamad Fahd Rahmat




KLUANG: Cubaan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai Datuk mahu memujuk pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha tayar kitar semula haram di Batu 13 Jalan Kluang di sini, gagal apabila permintaan melalui panggilan telefon tidak dilayan.

Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd Rashdan Topa, berkata pihaknya bertegas supaya lelaki berusia 70 tahun itu ditahan manakala premisnya disita selepas didapati beroperasi secara haram sejak sebulan lalu.

JAS menyita 300 tan tayar terpakai yang dilonggokkan di kebun kelapa sawit seluas kira-kira dua ekar dan adalah sitaan terbesar bagi kes seumpamanya tahun ini.

"Hasil siasatan mendapati pengusaha berkenaan memperoleh bekalan tayar terpakai dari serata negeri Johor. Tayar berkenaan dibakar sebelum dawainya diambil selain minyak yang terhasil dijual semula pada RM1 seliter.

"Minyak berkenaan digunakan sebagai bahan bakar bagi industri berat seperti perkapalan. Pengusaha mendakwa dia membantu melupuskan tayar terpakai tetapi hakikatnya perbuatannya telah melanggar undang-undang bawah Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekitar 1974," katanya ketika ditemui hari ini.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan adalah suspek sama yang pernah ditahan atas kesalahan sama sebelum ini di Paloh di sini.

Pengusaha berkenaan juga didapati telah menggajikan empat pendatang tanpa izin (PATI) warga Bangladesh, dua warga Pakistan, seorang warga India dan seorang warga tempatan.

"Kita akan panjangkan kesalahan-kesalahan lain yang dibuat pengusaha berkenaan kepada agensi dan jabatan berkaitan, termasuk Jabatan Imigresen, Pejabat Tanah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang, Kementerian Kesihatan dan polis," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2022 05:54 PM | Show all posts
Satu berita yang terlalu luarbiasa di Malaya kerana JAS tidak melayan campur tangan dari pihak kasta atasan!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:05 PM | Show all posts
tu pangkat datuk

cube jadi menteri tu, tepon je geng atas, abis batal operasi ratusan anggota polis/fru/jab. haiwan yg dh datang  nk banteras ladang babi haram kat melaka dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:05 PM | Show all posts
-deleted--------------
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ditahan atas kesalahan yg sama..buat lagi..denda Tak cukup besar mebuat kesalahan lebih menguntungkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-7-2022 05:54 PM
Satu berita yang terlalu luarbiasa di Malaya kerana JAS tidak melayan campur tangan dari pihak kasta ...

Duit kopi sket sangat lettewwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 07:16 PM | Show all posts
Pengarah JAS Johor garang... tapi kita tengok ajelah sejauh mana dia bertahan. I doakan JAS and team tetap berpegang pada prinsip.

JAS ni jabatan paling kerap tukar pegawai, takde la opiser sorang tu nak lama-lama jaga satu kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:57 AM | Show all posts
nazurah replied at 26-7-2022 07:16 PM
Pengarah JAS Johor garang... tapi kita tengok ajelah sejauh mana dia bertahan. I doakan JAS and team ...

harap nyawa dia panjang.. org tegas n telus dlm kerja ni biasa org x suka...


aku doakan dia panjang umur dan sentisa dilindungi. amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053616 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list