CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 2

[Dunia] Kenderaan tiada minyak, doktor Sri Lanka sukar pergi ke hospital

[Copy link]
Post time 27-7-2022 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Kenderaan tiada minyak, doktor Sri Lanka sukar pergi ke hospital

https://www.utusan.com.my/luar-n ... -pergi-ke-hospital/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
27 Julai 2022, 8:00 am



COLOMBO: Ketiadaan bekalan ubat dan petugas perubatan termasuk jururawat serta doktor yang tidak dapat melakukan tugasan mereka disebabkan kekurangan bahan api menyebabkan kebanyakan hospital di Sri Lanka ‘terbiar tidak berpenghuni’.

Keadaan itu juga menyaksikan pesakit sedia ada tidak menerima rawatan yang sepatutnya dan ‘hanya menunggu’ sehingga krisis yang berlaku kembali reda.

Seorang pesakit kencing manis, Theresa Mary menceritakan, doktor memintanya membeli bekalan ubat di farmasi berikutan tiada bekalan di hospital.

“Namun, saya tiada duit, bagaimana saya boleh beli ubat di farmasi?

“Saya ingatkan, selepas datang ke Colombo, saya boleh dapatkan rawatan yang sepatutnya, namun saya hampa kerana keadaan di sini lebih teruk.

“Hospital di sini tidak ubah seperti bangunan kosong yang terbiar,” katanya.

Hospital Umum Sri Lanka sebelum ini menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Namun kini, keadaan di hospital itu lengang, dengan 3,400 katilnya kosong tidak mempunyai pesakit.

Selain kekurangan bekalan ubatan, peralatan rawatan untuk pembedahan juga semakin uzur, malah kekurangan bekalan bahan api menyukarkan petugas perubatan keluar untuk memberi rawatan kepada pesakit.

Seorang doktor, Dr. Vasan Ratnasingham memberitahu, ada petugas kesihatan yang terpaksa kerja syif berganda kerana rakan setugas yang lain tidak dapat melapor diri berikutan ketiadaan bahan api untuk bergerak.

Sri Lanka mengimport 85 peratus bekalan ubatan dan peralatan perubatan. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 09:25 AM | Show all posts
teruknya keadaan hospital di sana ye. ekon pon takde. bersyukur kita di sini kemudahan dan hospital kita selesa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Berumah di hospital lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list